EPILOG (J❤️I)

121 13 46
                                    

TOKK-tokk-tokk!!!

Pintu bilik yang kecil di rumah teres itu diketuk bertalu-talu membuatkan Jebat sudah menggeliat dan menggaru kepalanya kasar.

Eeeeeee tak senang betul awal-awal pagi hujung minggu ingat nak lajak tidur tapiiii...

Tokkk-tokk-tokk!!!

Jebat cuba menarik nafas dalam-dalam sebelum duduk daripada tidurnya.

"Ye, dah bangun ni..."

Ujar Jebat dalam nada yang dikawal walaupun dia sebenarnya sudah geram.

Menyesal betul sebab bersetuju dengan Izzah untuk meluangkan masa hujung minggu di rumah mak mertuanya, Mak Ani.

Tapi Jebat sudah berazam untuk cuba memenangi hati Mak Ani, jadi dia perlu selalu menayangkan wajah di situ walaupun sudah dua tahund dia berusaha dan sepertinya masih tiada peningkatan.

Jebat melangkah keluar daripada bilik kecil itu sambil menenyeh mata.

Kelihatan kabur-kabur Mak Ani dan Izzah yang sudah duduk di meja makan ruangan tengah untuk menunggunya makan tengahari.

Melihat wajah tegang Mak Ani pun Jebat sudah meneguk liur dengan senyuman. Rasa bersalah sedikit.

"Amboi menantu kesayangan aku ni... Matahari dah tegak atas kepala baru nak nampak muka? Bagusnya...

Elok sangatlah tu... Rezeki pun tak nak masuk dah kalau macamni punya perangai. Lepastu duk persoal kenapa korang berdua tak ada anak.

Tu, cuba tengok diri sendiri tu dulu. Adik kau si Juriffa tu, dah nak setahun umur anak dia. Kau? Anak hamster kau jelah Izzah duk cerita beranak tiap bulan.

Sebab apa? Sebab hamster rajin bangun pagi. Tak macam kau..."

Padat betul perlian Mak Ani, rasa nak berasap telinga dan kepala Jebat, namun perilakunya seolah tersekat setiap kali pulang ke rumah kecil ini.

Tak boleh maki Jebat... Tak boleh cakap lepas Jebat... Tak boleh biadap Jebat...

Setiap kali dia pulang, pasti akan membangkitkan isu yang sama, iaitu anak.

Keadaan jadi makin tertekan apabila Juriffa sudah mempunyai Baby Jamie dan Mak Ani asyik membanding-bandingkan soal itu.

"Maaf, mak..."

"Abang Jebat tu jarang-jarang dia dapat lajak tidur mak, biasanya pagi-pagi dah kena pergi pejabat...

Hari cuti macamnilah abang boleh bangun lewat pun... Pasal anak tu, belum ada rezeki, mak... Bukannya kitorang tak cuba.

Belum ada rezeki kitorang kat situ. Mungkin rezeki kitorang lebih kepada kerja sebab abang dapat banyak sangat job lepas kitorang kahwin. Anak je belum ada rezeki..."

Izzah mengucapkan dengan nada yang sedikit perlahan dan Jebat sangat terkesan dengan perasaan Izzah.

Jebat tahu Izzah juga mahukan zuriat, namun aturan rezeki seorang anak masih belum mereka berdua miliki.

"Jebat minta maaf tau, mak."

"Maaf, maaf... Ingat hari raya ke?"

"Minta maaf siap-siaplah takut tahun depan dah tak sempat."

Gumam Jebat perlahan sambil menghampiri sinki untuk berkumur dan membasuh muka secara ala kadar.

"Apa pulak tak sempat? Kau nak aku mati ke? Seronok la kan kalau aku mati kan? Dah tak ada orang nak sekolahkan kau orang berdua?"

Kata Mak Ani dengan nada menyindir dan Jebat tersenyum sumbing sebelum menarik sebuah kerusi di meja makan bersebelahan isterinya.

"Taklah mak... Tak kisahlah siapa yang meninggal, Jebat ke, mak ke... Ajal ni kita tak tahu, mak... Boleh Jebat duduk, mak?"

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now