BAGASI ditinggalkan sahaja di depan biliknya. Pintu bilik Juweeta yang bertentangan dengan biliknya dipandang seketika. Rasa ingin tahu tentang Alan mula membuak-buak di jiwa Juriffa.
Serius... Juweeta sangat rapat dengan Alan, bukannya Juriffa. Dan kini... Lelaki itu ingat Juriffa ialah Juriffa yang dia kenal tiga tahun yang lalu...
Bukan... Juriffa yang lalu bukan Juriffa yang sama yang sekarang.
Tombol pintu bilik Juweeta dibuka dan ditutup semula. Lampu tidur bersebelahan katil berwarna jingga lembut dibuka dan dibiarkan menerangi bilik.
Keadaan bilik sangatlah kemas dan terjaga. Walaupun tiada penghuni, debu dan sawang tidak terlihat langsung. Juriffa melabuhkan punggungnya di birai katil seketika.
Dulu sewaktu kecil, bilik inilah bilik yang dihuni oleh Juriffa dan Juweeta kerana kata papa bilik ini tiada balkoni dan lebih selamat. Tetapi papa tidak tahu bilik inilah yang ada port lepak terbaik iaitu bumbung rumah.
Buka sahaja tingkap sliding bilik tersebut, terus boleh keluar duduk di bumbung. Namun, apabila sudah besar, Juriffa menghuni bilik berdepan bilik Juweeta yang mempunyai balkoni.
Matanya ralit memerhatikan sekeliling bilik. Juriffa sendiri sudah buntu untuk menyiasat tentang Juweeta. Rasanya selama Juweeta hidup, tak pernah ada rahsia antara mereka berdua.
Tapi... Kenapa dia sekarang dia seperti tidak mengenali Juweeta lagi...?
Tilam yang didudukinya diangkat sedikit dan tangannya diseluk sehingga dia menemui sesuatu. Sekeping surat yang sudah berwarna kuning susu membuktikan surat tersebut sudah lama.
Kertas yang dilipat itu dibuka... Dan perasaan hiba mula menyelubungi diri apabila teringatkan peristiwa lalu yang kalau boleh diundurkan masa kembali... Juriffa akan ubah segalanya.
Juriffa yakin... Kalau surat ini tidak wujud, mungkin keadaan sekarang akan lebih baik dan mungkin Juweeta masih hidup...
***flashback***
Juriffa duduk melayan perasaan di port kesukaannya macam biasa. Entah kenapa hari ini dia terasa sangat-sangat dengan seluruh ahli keluarganya. Mama, Papa, Jebat... Dan Juweeta.
Iyalah, hari lahirnya beberapa hari lepas sahaja dan tak berjarak sangat pun, tetapi hari ini hari lahir Juweeta yang ke-16, disambut dengan meriah pulak. Siap buat parti lagi dengan kek besarnya, makan-makannya, dan macam-macam lagi.
Tadi Juriffa turun mengintai sahaja, tapi sayang, memang birthday party itu untuk Juweeta sahaja memandangkan semuanya belon mengeja nama Juweeta dan kek juga terpampang nama Juweeta sahaja.
Juweeta pulak dapat baju floral dress warna merah jambu yang sangat cantik dan didandan dengan cantik sekali. Nampak sangat hari ini hari istimewa Juweeta seorang.
Tapi apa salahnya kalau sambut hari lahir Juriffa sekali? Just put her name on the cake and that is it. Juriffa tak minta banyak pun.
"Hey... Adik... Buat apa kat situ? Dah berapa kali kakak cakap kan... Jangan duduk kat situ? Kalau tergelincir ke apa ke macam mana?"
"Oh... Kak..."
Senyuman segaris terbentuk di wajah yang melihat kakaknya susah payah naik ke bumbung dengan dressnya untuk mendekatinya. Tak dinafikan, dalam rumah ini yang melayan Juriffa dengan baik cuma papa, Mak Ema, dan Juweeta.
"Cantik baju."
Pujinya sekilas sebelum mata dihalakan ke pemandangan langit luas yang lebih menenangkan fikiran. Rasa cemburu mula membuak-buak di dada.
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm