I won't beg for your love,
Won't say please...ANGIN malam yang tenang disedut dalam-dalam oleh Jebat, cuba mencari keberanian untuk menaip mesej perkenalan untuk seseorang yang disukainya.
Kalau tak buat move sekarang, bila lagi? Bernanah dah telinga dengar soalan bila nak kahwin terutamanya daripada golongan makcik bawang.
H ditaip kemudian I.
Send.
Greytick.
Double greytick.
Double bluetick.
Sebaris senyuman terpampang jelas di wajah Jebat, mengetahui mesej Whatsappnya telah diterima dan dibaca oleh penerima, si crush di pejabat bernama Izzah.
Tapi seminit berlalu dengan pantas dan seriuslah...? No typing...?
Dua minit.
Tiga minit.
Dah berapa kali Jebat menyentuh skrin telefon supaya skrin telefon Samsung S4 miliknya tidak terpadam.
Bar wifi penuh. Tutup wifi, buka wifi balik, masih tak ada reply. Seriuslah?
Jam di hujung sebelah kanan dilihat. Dah nak dekat 10 minit kena bluetick ni... Jebat dah tak okey.
Tambah-tambah bila bukak bahagian status, bukan main rancak lagi Izzah muat naik gambar selfie dengan status jiwang-jiwang.
Keluhan berat dan panjang dilepaskan sebelum Jebat pilih untuk berputus asa. Telefon diletakkan di tempat kosong pada kerusi panjang di taman tepi vila yang didudukinya.
Biarlah dia ambil angin untuk menenangkan jiwanya. Apa sebenarnya perempuan ni nak? Nak lelaki macam mana ni sebenarnya?
Cakap women are trash kang... Haaa baru tau.
"Weh!!!"
Bagai nak terkeluar jantung Jebat bila tiba-tiba ada plastik penuh dengan kerepek pisang meluncur ke pandangannya.
Plastik kerepek segera ditolak tepi, mendedahkan wajah pemegangnya.
"Siti...! Kau ni kan...! Terkejut aku tau tak!"
Geram pulak Jebat tengok bibiknya yang boleh ketawa tengok wajah cuaknya. Jebat membetulkan kedudukannya, supaya lebih macho selepas menjerit macam transgender.
"Salah saya pulak... Dari tadi kot saya duk sini. Saya perhatikan je cik muda yang macam orang sembelit kat sini."
Jebat terdiam sendiri. Betullah, tadi dia yang asyik hadap telefon sampai tak nak panggung kepala sebab tunggu reply daripada Izzah.
"Cik muda macam stress je... Makanlah kerepek ni. Saya ni kalau stress, saya suka kunyah kudapan macam ni."
Sekali lagi kerepek pisang dihulurkan kepada Jebat yang duduk di sebelahnya tetapi lelaki itu enggan mengambil.
"Tak payah nak cik muda sangatlah, Siti. Kita lebih kurang sebaya je kan..."
"Haha... Okey. Awak ni muka tegang sangat dari tadi kenapa ni? Sharelah dengan saya, mana tau lebih tenang lepastu."
"Alah... Kena bluetick. Kau bibik apa tahu..."
Jujur terus Jebat. Malas nak berdalih atau tegakkan benang yang basah. Dah direject, terima jelah.
"Awak pun bluetick kerepek pisang saya jugak... Dah nampak, tapi tak nak respond pun. Rasa sikit pun tak nak... Tapi saya chill je."
Jebat menjeling sekilas sahaja sebelum kembali menghadap skrin telefon yang mengecewakan. Masih tiada sebarang notification.
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm