KEPALA yang terasa mengkhayalkan cuba distabilkan tetapi dia tidak mampu apabila pandangannya sangat kabur.
Hujung-hujung jari cuba digerakkan sedaya upayanya dan akhirnya berjaya diangkat untuk memicit kepala yang berdenyut-denyut.
Pandangan yang kabur serta bergoyang teruk membuatkan otaknya tidak dapat memikirkan apa-apa atau keberadaannya sekarang.
Tapi yang pasti, hanya ada satu subjek yang muncul di mindanya...
Juriffa.
Hampir lima minit Emriel cuba menenangkan dirinya yang terasa lumpuh walaupun dirinya sendiri mula diserbu pelbagai persoalan.
Macam mana boleh jadi macam ni? Juriffa macam mana? Emil okey ke? Dia di mana? Sudah berapa hari berlalu?
Seketika kemudian, pandangannya sudah mulai statik dan Emriel mula sedari dia ditempatkan dalam sebuah bilik tidur...
Bibirnya yang terasa rimas dengan sesuatu itu segera disentuh dan dia mendapati bahawa ada tiub yang dimasukkan ke mulut melalui bibirnya.
Sumber tiub itu dicari dan terlihat ada sepaket susu yang tergantung di besi di hujung katil.
Melihat sahaja banyak paket kosong yang dibiarkan bersepah di lantai Emriel sudah tidak sedap hati...
Agaknya sudah berapa hari dia berkeaadaan begini?
Tiub di bibir segera dicabut keluar, begitu juga tiub jarum di tangan yang menyambungkan dengan sebuah paket air jernih yang turut tersangkut di besi di hujung katil.
Emriel cuba duduk di birai katil memandangkan dia merasakan tubuhnya masih lemah dan tidak mampu terus berjalan.
Pakaian di tubuhnya diperhatikan. Dia masih mengenakan pakaian yang sama sewaktu...
Hari pertunangannya.
Beribu soalan kembali menyerbu pemikirannya. Rasa sakit mula mencengkam kepala dan apa yang Emriel ingat...
Hanyalah dia meninggalkan hari pertunangannya...
***flashback***
Emriel yang sedikit ralit membetulkan butang baju melayu warna krim yang dipakainya sedikit terkejut apabila ada seorang budak lelaki yang tidak dikenali memegang pehanya.
"Abanggg, ada orang suruh bagi hadiah ni kat abanggg..."
Sebuah kotak kecil yang dihulurkan budak lelaki itu diambil dengan senyuman lebar.
Kanak-kanak lelaki yang comel berbaju melayu ini pasti anak-anak saudara Juriffa juga.
"Kak Juriffa keee bagi ni..."
Emriel mula menebak tetapi laju budak lelaki itu menggeleng.
"Bukan Kak Juriffa. Tapi lelaki menyeramkan... Dia ada tatu ikan..."
Mendengar sahaja jawapan budak lelaki itu, berderau terus darah Emriel apabila automatik otaknya menggambarkan Joe.
Kalaulah Joe buat kacau hari ini, memang habislah semua kisah cintanya dan Juriffa.
"Terima kasih."
Dengan senyuman hambar itu, budak lelaki itu terus beredar melalui pintu biliknya yang memang dibiarkan terbuka sejak tadi.
Kotak kecil di tangan mula dibelek penuh debaran. Sumpah dia takut kalau Joe memberikan benda yang pelik lagi.
Tanpa membuang masa, kotak tersebut segera dibuka.
"Oh shit........."
Hanya makian itu muncul di bibir Emriel apabila melihat isi kotak itu...
Dua rambut hitam dalam keadaah didandan dengan hujungnya diikat scrunchy comel bercorak strawberi...

ANDA SEDANG MEMBACA
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm