BAB 93

77 15 63
                                    

⚠️WARNING: long chapter, kalau rasa tak berapa free or tak berapa ready nak membaca jangan baca dulu hahahaha, enjoy! isyak dulu tau!

IZZAH menjeling ke arah jam yang melilit pergelangan tangannya yang sudah tidak dapat duduk diam itu.

Persekitaran dan simpang memasuki kawasan perumahannya diperhatikan, kereta Jebat masih belum muncul. Langit senja semakin pekat.

Jemarinya sudah menjadi mangsa gigitan giginya akibat rasa stres dan nervous yang dirasakan.

Jebat sudah lewat lima minit untuk menjemput dan membawanya ke rumah maknya, sekaligus menjemput maknya untuk makan malam di sebuah restoran.

Izzah cuba menenangkan diri sendiri dengan menjatuhkan jemari dari bibir dan menarik nafas dalam-dalam.

Dia tak patut rasa begini! Dia nak jumpa mak sendiri, bukan mak mertua!

Izzah yang nak bawa Jebat bertemu maknya, tapi sekarang dia yang gelabah lebih! Padahal Jebat boleh memandu kereta dengan begitu sopan dan tenang sebelum kereta lelaki itu berhenti di hadapannya.

Sebaik sahaja kereta Jebat berhenti, terus Izzah meluru masuk ke tempat duduk sebelah penumpang tetapi pergerakannya dihalang oleh Jebat.

"Aaaaa Izzaaaaahhhh awak keluarlah balik! Jangan masuk lagi!"

"Haaa??? Apa? Kenapa? Kenapa Jebat???"

Terpinga-pinga Izzah menyoal, hairan dengan tindakan Jebat. Dahlah datang lambat, lepastu tak nak bagi dia masuk pulak tu!

"Keluarlaaaaaahhh!!!"

Akhirnya Izzah menuruti sahaja permintaan lelaki itu dengan keluar daripada kereta semula memandangkan riak wajah Jebat agak serius.

"Hahhh??? Okey-okey... But why...???"

Izzah bertanya lagi kepada lelaki yang keluar daripada tempat pemandu dan mendekatinya itu dengan wajah agak serius.

Tipulah kalau Izzah tak gerun memandangkan wajah Jebat kalau tidak senyum, memang agak mengerikan.

Pintu sebelah penumpang yang terbuka akibat dibuka Izzah tadi ditutup Jebat membuatkan kening Izzah bertaut.

Jebat dah kenapa???

Kemudian, pintu dibuka semula oleh Jebat dengan wajah yang mengukir senyuman, cukup manis.

"Saya nak buka pintu kat awak... Silakan masuk, my princess."

"Awak ni buat saya takutlah Jebattt!"

Spontan Izzah memukul Jebat dengan beg tangannya membuatkan lelaki itu tertawa meleret. Suka betul Jebat mengusik gadis kesayangannya.

"Saya lagilah takut kalau tak nampak gentleman depan awak..."

Pintu untuk Izzah ditutup dan Jebat kembali ke perut kereta untuk memandu. Jebat sesekali mencuri pandang gadis yang duduk di sebelahnya.

Kelihatan ayu betul apabila Izzah mengenakan sepasang blaus kemeja satin merah yang padankan dengan skirt kotak-kotak merah hijau serta selendang berwarna krim lembut.

Terganggu betul Jebat, tidak dapat fokus dalam pemanduannya kerana mata yang ingin menatap gadis tersayang.

Izzah kelihatan sempurna di mata Jebat pada malam ini. Cuma satu. Izzah agak diam dan seperti ada sesuatu tidak kena.

Biasanya, Izzahlah yang banyak memula dan menyerikan bicara antara mereka berdua. Tetapi pada malam ini, Izzah berdiam pula.

Takkan marah sebab Jebat bergurau tadi kot?

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now