PANDANGAN dilontarkan jauh ke jalan raya yang disirami cahaya lampu jalan, kemudian beralih kepada Juriffa yang sedang memandu di sebelahnya.
Pelik juga apabila setelah dia tiba di vila tadi Juriffa terus mengajaknya keluar.
Kemudian sepatah pun tidak keluar daripada mulut gadis itu sepanjang perjalanan mereka.
Emriel malas hendak bertanya destinasi mereka dan dia hanya menemani gadis yang kelihatan beremosi tidak stabil itu.
Tak cukup dengan itu, gadis itu memang diam tahap semut punya ditambah dengan radio kereta yang tidak dipasang.
Emriel tak ada pilihan lain selain menemani Juriffa kerana gadis itu kelihatan memerlukan dirinya walaupun sekarang otaknya juga sempit setelah pulang daripada berjumpa Joe Piranha.
Lagipun apabila mengenangkan dia sudah berjanji untuk sentiasa bersama Juriffa, jadi dia tak mahu merungut.
Tiba-tiba sahaja gadis itu memberhentikan dan memarkir kereta di sebuah bahu jalan. Kemudian Juriffa terus keluar daripada perut kereta dan berjalan ke suatu arah.
Emriel hanya memandang gadis itu dengan penuh tanda tanya. Seriuslah Juriffa tak nak cakap dengannya langsung? Ke dia ada buat salah apa?
Tapi rasanya tak, siang tadi okey je. Dengan otak yang double serabut, Emriel turut keluar daripada kereta dan bergerak menghampiri Juriffa yang sedang duduk berpeluk lutut di hadapan sebuah tasik yang agak besar.
Tanpa berkata apa, Emriel mengambil tempat di sebelah gadis muram itu.
"Kenapa Ju nampak sedih?"
Akhirnya Emriel memulakan bicara apabila hampir sepuluh minit gadis itu memandang kosong tasik di hadapannya yang kelihatan agam suram disirami beberapa batang lampu jalan.
"Riel...... Ju sedih... Tapi bukan sebab Ju sayang Aafieq tau... Ju sedih... Sebab Ju rasa bersalah sangat dengan dia... Ju kejam dengan dia... Kan? Ju ni selfish kan? Ju suka point kesalahan dia je kan?"
Pandangan sayu Juriffa buat Emriel menggeleng kecil dengan senyuman kecil untuk menenangkan gadis itu.
Macam manalah Juriffa tak selalu tertekan, semua benda yang berlaku dia asyik menyalahkan diri sendiri.
"Juriffa... Apa pun yang awak buat, kalau benda tu yang awak rasakan terbaik untuk diri awak dan menenangkan hati awak, it's not kejam. Apa-apa keadaan pun yang awak utamakan diri dan kebahagiaan awak, it's not selfish."
Sedikit sebanyak apa yang dikatakan Emriel membuatkan hati Juriffa lega.
Padahal jelas-jelas Juriffa merasakan dirinya jahat kerana terhutang budi dan wang dengan Aafieq yang tak mungkin dia balas kembali.
"Riel... Boleh tak Ju nak ceritakan semua rahsia-rahsia Ju kat awak... Ju rasa terbeban sangat otak Ju ni sebab pendam semua ni sendiri..."
Mendengar pernyataan Juriffa, Emriel yang terdiam seketika. Takut kalau suatu hari Juriffa menyesal kerana terlalu banyak berkongsi dengannya.
"Are you sure...? Tapi kalau awak belum bersedia nak kongsi, it's okay. I'll respect your privacy. Awak fikirlah dalam-dalam dulu sebab one awak cerita kat saya, there's no turning back."
"Suatu hari nanti awak kena tahu jugak, jadi Ju dah buat keputusan nak kongsi malam ni.
Sebab kalau awak tiba-tiba tahu rahsia ni waktu kita dah ada anak tiga ke... Ju takut kalau awak akan bencikan Ju dan menyesal kenal dengan Ju."
"Alaaa, anak tiga je ke? I thought empat?"
"Rielll... Awak ni..."
Senang sedikit hati Emriel apabila melihat Juriffa tersengih malu dengan usikannya.
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm