JEBAT mematikan enjin sebaik sahaja memarkir keretanya di perkarangan vila. Angin tengah malam yang dingin itu cukup menenangkan, tetapi tidak dapat meredakan gundah dalam hatinya.
Apa yang terjadi semasa pertemuannya dengan mak Izzah adalah jauh meleset daripada tanggapannya.
"Lambatnya balik?"
Jebat sedikit tersentak dengan suara yang tidak dijangka.
Wajahnya yang suram tadi diangkat dan Jebat dapat melihat Siti yang sedang duduk di bangku memakai kasut dengan beberapa bagasi dan beg kecil di sisinya.
Nampaknya, Siti seperti mahu pergi ke tempat lain.
"Baru balik dari rumah bakal mak mertua... Kau ni lewat-lewat malam dengan barang semua ni nak pergi mana? Nak lari balik Indon sebab pasport tamat tempoh? Ke dalam tu ada banyak kerepek pisang kau nak jual dari rumah ke rumah?"
Siti merengus mendengar soalan tekaan Jebat yang tidak berasas.
"Ishhh, saya bukan orang Indonlah... Saya nak balik Pahang. Mak Ngah saya sakit, sambil-sambil tu saya nak rehatkan jiwa..."
"Ohhh... Okey..."
Jebat hanya mengaku, malas bertanya banyak. Biarlah, itu hak Siti untuk pergi ke mana-mana. Lagipun gadis muda itu memang kerja bersungguh-sungguh selama ini.
Tak banyak day off macam si Emriel yang selalu mengelat sebab nak uruskan Juriffa yang manja.
"Awak okey ke tak ni, Jebat? Macam tak okey je... Kenapa? Apa-apa jadi ke kat rumah bakal mak mertua tu?"
Siti ramah bertanya apabila menyedari riak wajah Jebat yang agak muram dengan tubuhnya yang seolah tidak bertenaga.
Jarang sekali Siti melihat Jebat lemah sebegini. Selalu kerja sampai 3 pagi pun lelaki itu masih duduk tegap dan kuat berleter sorang-sorang di bilik bacaan.
"Apa pulak tak okeynya... Okey je... Ni Jebat kot..."
Jawapan berlagak Jebat sepertinya tidak meyakinkan Siti langsung. Tetapi Siti takut untuk bertanya banyak memandangkan Jebat seperti tidak mahu menghurai panjang tentang topik itu.
"Awak boleh tak hantarkan saya pergi stesen bas? Banyak pulak barang saya ni..."
"Boleh, cik puan. Semua sekali RM50. Bayar cash atau wave?"
"Uish... Mahalnya... Baik saya jalan kaki. Kat simpang depan tu je kot stesen bas..."
"Yelah, caj cukai mahai sebab dapat cuci mata tengok driver handsome."
Gurau Jebat dengan wajahnya yang sudah terpapar sedikit senyuman.
"Takyahlah, saya jalan je..."
"Eee... Pembaris betullah... Aku gurau je kot... Jomlah, aku hantarkan... Memang patut tau kau pergi tenangkan jiwa kat mana-mana... Sensitif sangat kau sejak dua menjak ni.
Lepastu, dah jarang nampak muka kau dalam rumah walaupun kita serumah. Nampak pun, masam je muka. Aku nak tanya kenapa, nanti kau kata aku macam tiber pulak."
Siti mengetap bibir, sedikit sakit hati dengan ayat Jebat. Setiap hari bila terserempak dia punyalah tunggu Jebat nak tanya dia okey ke tak, haram lelaki itu tak pernah ambil kisah.
Yang Jebat kisahkan, Izzah je. Bagasinya diangkat oleh Jebat dan dimasukkan ke dalam kereta.
Siti hanya mengikut dengan menjinjing beg kecil berisi makanannya sebelum turut masuk ke dalam kereta yang dihidupkan semula itu.
"Ni, kau balik sini bila pulak ni? Bawak barang macam tak nak balik sini dah je..."
Jebat menyoal, sambil memandu keretanya dengan pace manusia berjogging 10 kilometer sejam menuju ke stesen bas yang sangat berdekatan dengan taman perumahannya.
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm