SEMBILAN dulang hantaran yang diletakkan di ruang tamu semuanya ditilik satu per satu oleh Juriffa.
Semuanya dulang tersebut digubah oleh Kak Siti dan pertunangan mereka diadakan seringkas mungkin, tiada membalas-balas dulang.
Lagipun Emriel tiada keluarga, jadi semuanya diadakan ala kadar dan tidak mengikut adat sepenuhnya atas permintaan Juriffa dan Emriel sendiri.
Persiapan tak adalah gempak mana sebab semuanya persiapan minit-minit terakhir.
Kalau diikutkan hati, memang nak nikah terus, tapi kalau drama bolehlah tiba-tiba kahwin. Ini nak setelkan dengan kursus kahwin lagi, pejabat agama lagi dan macam-macam lagi.
"Riel... Betul ke kalau hantaran untuk bertunang, kena letak semuanya manisan macam buah, coklat, kek atau apa-apa je yang manis?"
Juriffa menyoal kepada Emriel yang setia berdiri di sebelahnya.
"Haah, adatnya orang Melayu macam tulah."
"Kalau macamtu, kita kena tambah lagi satu dulanglah."
Putus Juriffa dan Emriel sedikit hairan. Bukannya apa, nanti buat kalut sahaja. Cukuplah dah kalut sepanjang minggu ni.
"Haa? Kenapa pulak? Nak letak apa lagi?"
Emriel bertanya, padahal sembilan dulang tu dah kira maksimum sangat dahtu.
Sudahlah semuanya terdiri daripada makanan. Entah apa lagilah yang gadis itu mahukan.
"Nak letak awaklah dalam dulang. Awak kan manis."
Juriffa membalas selamba dan Emriel laju menggeleng.
"Awaklah sebab awak lagi manis."
"Taklah, awak."
"Awak, sayang."
"Awaklah Riel..."
"Awak Ju. Awakkk...."
"Awak awak awak awak awak gak..."
"Awak, Juriffa.
"Emriel! Awaklah!"
"Oiiii korang ni apahal??? Duk awak awak awak... Sepak kang bersepai gigi tu."
"Taklah, Ju kata Emriel ni manis, dia tak nak ngaku lepastu nak melawan Ju."
Juriffa mengadu dengan muka cemberutnya sambil berpeluk tubuh kepada Jebat yang tiba-tiba muncul.
Susah sangat ke Emriel nak mengaku? Bukannya benda tak baik pun?
"Tak apa, tak apa. Biar aku je amik title tu sebab aku kan manis."
Sekali Jebat yang claim, lagilah Juriffa dan Emriel melepaskan keluhan penuh rasa menyampah.
Tapi tiba-tiba rasa hilang terus rasa menyampah apabila Jebat menghulurkan sebuah kotak yang sederhana besar dan dihias dengan hiasan yang sangat cantik.
Tetapi mereka berdua agak curiga dengan kebaikan Jebat.
"Ju dan Riel. Untuk korang as thanks sebab bantu aku cari the one yang aku cinta. Korang boleh letak tu as hantaran sekali."
"Kau mimpi apa ni bagi hadiah ni?"
"Tu surprise box tau. Kau takleh buat emosi surprise sikit ke?"
Selepas mendengar balasan Jebat, Juriffa tiba-tiba mencengkam dadanya sendiri dan Jebat sudah menjeling ke atas.
"Oh my God! Auch... Riel... Aduuuhhh... Sakitnya tuh disini sebab terkejut sangat! Jebattt... Kenapa bagi Ju terkejut gini sekali... Anjat ite..."
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm