BAB 106

82 17 29
                                    

"MULUT awak tu, bukak bila nak melamar Ju je. Benda lain yang tak penting, tak payah cakap."

Masih terngiang ayat yang dituturkan dia pada malam seminggu yang lalu kepada Emriel.

Sumpahlah Emriel betul-betul tutup mulut sepanjang minggu dah tak bercakap sepatah pun dengan dirinya?!!!

Memang Emriel langsung tak berniat untuk melamarnya ke???

Huwaaaaaaaaaaa.

Rasa bagai kena betul situasinya dengan lagu Soap yang berlirik;

'I feel it coming out my throat,
Guess I better wash my mouth out with soap, God, I wish I never spoke,
Now I gotta wash my mouth out with soap~'

Dah-dah-dah!

Enough about Emriel!

Juriffa cuba menyedarkan dirinya kembali ke realiti yang dia sedang mengelap meja di Z's Café milik abangnya, Zafril.

Memang ini sahaja tempat dia membawa diri sejak cuti semester bermula.

Sejak dia sudah boleh berdiri tanpa bergantung kepada sebarang tongkat, memang dia sudah banyak membawa diri sendiri.

Apron bewarna perang merangkap uniform pekerja di situ yang melilit tubuhnya dibuka dan diletakkan kasar ke meja memandangkan semua pelanggan sudah tiada dan tanda 'tutup' sudah diletakkan di pintu kafe.

Punggungnya dihenyakkan kasar, penat.

Bukan penat lap meja, tapi penat mental dengan semua masalah yang menghujani dirinya.

Apron yang diletakkan tadi dilipat semula, sebelum melihat ada sesuatu yang baru dia perasan di apron perang gelap itu.

Sudah seminggu dia pakai, dia tidak perasan pula ada nama dengan tulisan berangkai yang ditenun di apron itu dengan benang warna teh susu.

"Zhara Aleeya...?"

Gumam Juriffa perlahan sebelum terasa bahunya disentuh seseorang. Zafril.

"For my little sister... Abang baru buat semalam. Juriffa, will always be my Zhara Aleeya... "

Ujar Zafril sambil melabuhkan punggung di sebelah adik perempuan yang dirindukannya, Zhara Aleeya.

Bersyukur sangat walaupun mereka sering terpisah, hubungan mereka tidak terputus terus kerana Juriffa menganggapnya sebagai abang susuannya.

Cuma dia tidak berpeluang untuk menceritakan semuanya pada Juriffa atas banyak kekangan.

Namun, alhamdulillah Juriffa akhirnya pulang ke pangkuannya.

"It must be nice if I just be Zhara Aleeya... Kan? My life as Juriffa was so hard..."

Ada nada kecewa yang terselit dalam bicara itu.

Tipulah kalau dia akan terus melupakan semua yang pernah dia lalui setelah mengetahui kebenaran.

"Ju... Ibu terpaksa. Masatu kedua-dua belah pihak terdesak. Uncle Zamri terdesak sebab anak perempuan dia sakit.

Ibu pulak terdesak dengan keadaan Zharif yang sakit dan kesempitan nak besarkan anak-anak dia..."

"Abang jangan risau... Ju tak pernah salahkan arwah ibu pun..."

"Ju salahkan Uncle Zamri ke?"

Zafril menebak, tetapi tiada anggukan atau gelengan daripada adiknya.

"Ju cuma rasa terkilan sebab ada orang yang sanggup hancurkan keluarga kita dengan cuma guna duit."

"Ju... Bukan hancurkan... Tapi bantu. Kalau Uncle Zamri tak bantu, mungkin Zhariff dah tak ada hari ini...

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now