BAB 52

346 26 12
                                    

KAPAS muka yang basah dengan cairan make-up remover itu dielus lembut pada wajah putih mulus Juriffa. Dah tiga keping kapas digunakan namun masih belum bersih sepenuhnya wajah Juriffa.

Emriel mula terfikir Juriffa ni make-up tebal-tebal nak impress siapa? Tak make-up pun dah buat Emriel tak keruan, jadi perlu ke make-up?

Kapas terakhir dibuangkan di tong sampah kecil sebelah katil. Emriel mendengus nafas lega. Akhirnya siap kerja yang termampu. Setakat itu sahaja yang dia mampu untuk membantu menguruskan Juriffa.

Yang selebihnya tunggulah Juriffa sendiri menguruskan dirinya pada esok hari. Bibik, bibik jugak. Tapi bukan semua benda dia boleh bantu Juriffa.

Kepala Juriffa diangkat sedikit dan seluruh rambut panjangnya dibawa ke atas untuk menyelesakan lagi kedudukan gadis yang masih separa sedar itu. Comforter ditarik ke dada dan wajah kemerah-merahan gadis itu dipandang lama.

Emriel masih belum tahu cerita sebenar bagaimana Juriffa boleh jadi sedemikian tetapi yang pasti dia merasa sangat kecewa. Dia gagal untuk menjaga Juriffa dengan baik seperti yang dijanjikan pada daddy Juriffa.

Tiba-tiba cebikan muncul di bibir comel itu. Alamak, menyesalnya Emriel tak terus blah lepas cuci wajah Juriffa tadi… Dah terpaksa melayan karenah Juriffa lagi…!

Sobsob… Sobsob…

Emriel sudah menggaru kepala yang tidak gatal. Dia buat sedut-sedut hingus pulak dah… Nak apa lagi si Juriffa ni?

"Menangis apa pulak ni ya Allah... Dah kenapa niii… Who hurts you sayanggg…"

Sudah tanya kenapa, makin sedih pula Juriffa dibuatnya. Air mata sudah merambu di wajah gadis itu tanpa sebab. Tak perlu sebab pun sebenarnya sebab Juriffa bukannya sedar pun apa yang sedang dia lakukan.

"Tak payahlah menangis… Cerita kat saya kenapa tetiba sedih sangat ni..."

“J-J-Juuuu……… T-T-Takuuttttt………”

Takut betul gayanya sampai menarik comforter rapat ke wajah dengan gaya takut-takut. Geram je Emriel tengok. Drama betul minah ni. Mabuk tak mabuk sama je kuat drama.

“Takut apa sayangku… Kan saya ada ni… Kenapa? Tadi masa kat luar ada orang buat sesuatu kat awak ke…?”

“Takkkkkkkk……….. J-J-Ju takut Emriellll…………”

Emriel memandang anak mata ketakutan itu dalam-dalam. Haih… Betul Juriffa separa sedar. Tapi takkan tiba-tiba nak takutkan Emriel? Emriel tak marah apa pun walaupun sebenarnya ada la sikit rasa nak marah.

“Kenapa takut Emriel? Emriel buat apa kat awak? Ke awak ada buat salah apa kat Emriel?”

Sengaja Emriel berlakon seperti bukan Emriel memandangkan Juriffa seperti tidak mengecamnya. Untung jugak dapat muka bintik merah alergi klorin ni. Mana tahu dia dapat mengenakan Juriffa ke apa ke malam ni…

“J-Ju… T-Takut kalau Emriel…… Tahu siapa Ju yang sebenarnya…”

“Emriel dah tahulah siapa Ju sebenarnya… Awak Juriffa Natrah Binti Zamri… Awak yang  bagitahu dia suruh dia hafal nama penuh awak untuk nak akad nikah nanti kan…”

“J-Juuuu… T-Takut kehilangan dia…….. Takut sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-”

Apabila sangat Juriffa terlalu panjang Emriel terpaksa mengambil langkah pintas dengan mengepit bibir gadis itu dengan dua jarinya.

“Ya sayang, tahuuu… Awak takkan kehilangan dia punyalah… Sebab dia cintakan awak. Dia nampak je macam tak sayang, macam malas layan, tapi sebenarnya dia tersiksa kawal diri dia supaya tampil macho dan tak mudah cair dengan perempuan secantik awak…”

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now