please votes and comments ok
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️SKRIN laptop yang terletak di atas bar dapur yang tinggi itu dipandang sepi.
Nasiblah ada rakan sekelas yang sudi membuat video call dengannya agar Juriffa dapat juga menyertai kelas pada pagi itu.
Kalau tak, memang banyak juga pembelajaran Juriffa yang tertinggal. Namun, kelas atas talian itu tidak menarik perhatiannya langsung.
Apa yang lebih menarik perhatiannya ialah pemuda yang sedang mengemas dapur selepas sarapan beberapa meter di hadapannya.
Tanpa sedar, ada senyuman menguntum di bibir merah delima itu.
"Ju..."
Suara manja lelaki di sebelahnya buat senyuman Juriffa mati dan dia mendengus perlahan sambil menatap skrin laptop yang terpasang panggilan video melalui aplikasi Google Meet.
"Apa? Aku tengah fokus kelas ni. Janganlah kacau."
"Aku tahu kau bukan fokus kelas sangat pun... Kau terpaksa tengok laptop sebab pakai collar tu... Hahaha... Tapi sebenarnya tengah tengok orang depan tu kan... Pandai cari port kelas online..."
Usik Jebat yang turut duduk di kerusi tinggi di bar dapur itu bersebelahan Juriffa.
Namun kehadirannya tidak dialu-alukan apabila Juriffa menolaknya sedikit dengan tubuhnya.
"Aku dah nak examlah... Jangan kacau. Pergilah sanaaa..."
"Ju... Kadang-kadang aku peliklah..."
"Kau memang selalu pelik pun. Bukan kadang-kadang."
Gumam Juriffa perlahan. Kacau betul si Jebat ni dia nak usya Emriel pun tak senang.
"Haritu Emriel cakap kat hospital tu, masa kirim bunga daisy tu kat aku... Dia kata kau bagi dia peluang beberapa hari untuk menangi balik hati kau...
Tapi asal aku nampak macam kau pulak yang terhegeh-hegeh nak mengorat dia ni?"
Jebat menyindir padat dan Juriffa menahan emosi sama ada hendak marah atau ketawa.
Memang betul pun apa yang Jebat katakan tu. Juriffa sendiri pun hampir terlupa tentang beberapa hari semua.
Yang pasti, memang kalau nampak Emriel mesti dia yang beria dalam hati.
"Apanya? Aku tak buat apa pun."
"Kelas kat dapur konon wifi tak laju kat bilik konon... Padahal jelas-jelas modem wifi kat tingkat atas... Eleh... Saja nak dekat-dekat dengan Emriel je kan..."
Makin beria Jebat menyakat dan semakin kelaut kerja Juriffa.
Jam digital di sudut skrin dilihat, sudah jam 11 pagi, bermakna masih berbaki lima minit sebelum kelasnya tamat.
Memang anggap tamat jelah sejak kehadiran Si Jebat Naufal ni.
"Ehhh, biarlah kat aku nak study kat mana pun... Ada aku guna wifi bapak kau?"
"Haah, sebab kau guna wifi bapak kitalah aku nak cari pasal dengan kau..."
Dengan rasa seronoknya Jebat menunjal kepala gadis itu.
Apa lagi sudahlah lehernya yang masih bercollar-case itu terasa sengal. Terus Jebat di sebelahnya ditolak kasar.
"Jebat... Kkeojyeo!"
Disebabkan Jebat tak faham bahasa Melayu, Juriffa terus menghalau dengan menuturkan bahasa Korea yang membawa maksud 'Get lost!' itu.
"Tak nak mengaku tuuu dia yang nak menggatal dengan Emriel..."
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm