BAB 102

60 12 12
                                    

"TANAM-tanam ubi...~ Tak perlu dibaja...~ Orang berbudi...~ Kita berbahasa...~"

"Ehemm."

Emriel sengaja berdehem kuat dan berjaya mencuri perhatian Joe yang sedang sibuk mencangkul sesuatu sambil menyanyi yang Emriel yakin bukan ubi yang ditanam lelaki separuh baya itu.

Entah-entah mayat mana pulak dia tanam lagi. Dulu Emriel datang sini pun dia kata tanam kucing.

Malas Emriel nak masuk campur kalau tak ada kaitan dengan dirinya.

"Eh... Anak saudaraku, Emriel..."

Ceria sekali Joe menyapa sedangkan Emriel hanya menatap dengan rasa meluat.

"Kenapa datang sini? Kau dah bersedia nak jadi orang kanan aku ke? Bila-bila je aku boleh sign nama kau jadi pewaris kalau kau dah setuju nak berada di side aku."

Tawaran Joe hanya dibalas dengan dengusan kasar, menolak mentah-mentah ajakan Joe.

Tak mahu Emriel hidup mewah tetapi hati tidak tenang sebab bergelumang dengan benda kotor macam dadah dan nyawa manusia lain.

"Atau kau dah jumpa siapa yang bunuh adik perempuan aku??? Betul kan pembunuh tu memang orang dalam rumah tu je kan macam yang aku syak sebelum ni???"

Soalan ini juga tidak dijawab Emriel, tetapi pandangan yang lain itu seolah memberi jawapan ya kepada Joe.

"Siapa?"

"Kau kena janji dulu yang kau takkan apa-apakan sesiapa..."

Permintaan Emriel mengundang senyuman sinis di wajah Joe.

Tak menyangka pula dia yang memberitahu lelaki itu tentang pembunuhan Ema, tetapi Emriel bukan semakin dekat dengannya, namun sepertinya menyebelahi keluarga pembunuh sana.

"Kau nak lindungi pembunuh mak kau ke Emriel? Wahhh... Apa yang diorang bagi kau makan sampai kau nak berada di side diorang ni??? Nasi kangkang ke?

Kau lupa ke??? Yang mati tu mak kau, adik perempuan aku! Kau sepatutnya berada di sebelah aku, memperjuangkan hak mak kau! Bukan nak lindungi pembunuh tu!!!"

Tempikan Joe kedengaran agak berdesing di telinga Emriel.

Memang ya, tipulah kalau dia cuma nak duduk diam apabila keluarga kecilnya dimusnahkan begini. Tetapi pilihan apa yang dia ada?

Kalau dia bunuh pembunuh itu pun, adakah dia akan puas hati? Tak. Sebab itu bukan dirinya, bukan personalitinya.

Menghukum pembunuh maknya, seolah-olah menghukum dirinya sendiri seumur hidup.

Emriel tak mahu dihantui perasaan sebegitu seumur hidup!

"Mak aku takkan gembira kalau dia tengok aku balas dendam, musnahkan keluarga yang jaga dia, bagi dia makan, bagi dia tempat tinggal selama berbelas tahun.

Aku tak nak mak aku tak tenang kat sana cuma sebab perangai pentingkan diri aku."

"Jasa, makanan, tempat tinggal, semua tu banyak... Merata-rata boleh cari. Itu dah memang takdir. Tapi, nyawa mak kau, satu je... Tapi itu pun kau tak mahu perjuangkan...?"

Ucapan Joe disudahi dengan keluhan berat, kecewa dengan Emriel yang seperti tidak mahu membalas dendam terhadap keluarga itu.

Dia ingatkan Emriel akan datang dengan perasaan marah membuak-buak dan meminta tolong Joe untuk membalas dendam.

Sebaliknya, sekarang lelaki itu pula datang dengan cukup rileks dan cuba menenangkan dia.

"Ni... Ubat-ubat ni... Ubat arwah mak aku... Aku nak minta tolong kau tengok apa kandungan dalam ubat ni...

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now