Tiga minggu kemudian...
EMRIEL memarkirkan kereta di sisi jalan berdekatan tasik tempat lepak kesukaan Juriffa dan...
Juga tasik sama tempat Juweeta mati.
Tetapi Emriel faham, Juriffa memang suka ke sini dengan suasana sekitar malamnya yang menenangkan, tidak dicemari dengan bunyian kenderaan mahupun kesibukan bandar.
Emriel tersengih bersendirian, seronok betul selepas lama tidak berdating dengan Juriffa.
Lebih kurang tiga minggu juga dia dengan Juriffa jarang bersua dan bermesra selepas kejadian di bilik bacaan itu.
Tidak dinafikan, memang keadaan di vila itu sangat janggal setelah Puan Hayati menghilang dan semua kebenaran terungkap.
Semuanya seperti kurang bercakap dan saling memendam perasaan.
Tambahan, Juriffa pula sibuk dengan peperiksaannya akhir-akhir ini, memang dia banyak terperuk di bilik, pergi kolej, melepak di kafe Zafril, dan pulang.
Baru hari inilah Emriel ingin mengambil peluang untuk meluangkan masa dengan Juriffa.
"Eh, tu kereta Alan..."
Tegur Juriffa dengan menghalakan telunjuk ke Audi R8 yang sedia terparkir di hadapan kereta Juriffa.
Emriel sudah tidak sedap hati. Ni, kalau ada Alan sekali kat sini dah tak jadi dating. Dia jadi mesyuarat.
"Tu... Alan ada kat tasik tu... Awak tunggu dalam kereta dulu tau, Ju nak cakap sesuatu dengan Alan... Tau tau... Awak duduk diam dalam kereta tau, dengar lagu ke..."
Emriel merengus geram tetapi dia tidak mampu berbuat apa kerana gadis itu sudah membuka pintu dan keluar daripada kereta.
Tanpa memakai casing lengan dan tongkat ketiak, Juriffa sekarang lebih mudah bergerak dengan hanya menggunakan tongkat tangan separa pinggang.
Dan itu yang buat Emriel makin tensen tu.
Juriffa sekarang dah pandai bawa diri dan tidak perlukan pertolongannya!
Dengan penuh berhati-hati, Juriffa berjalan, tidak mahu lelaki yang sedang termenung melihat tasik itu menyedari kehadirannya.
Bahu lelaki itu dicuit, mengejutkan lelaki yang sedang termenung jauh tadi.
"Alan..."
Tegur Juriffa dengan senyuman manis yang menghiasi wajah, tetapi tidak Alan yang terbeliak memandang Juriffa yang sedang cuba untuk duduk bersebelahannya itu.
Bagai nak terkeluar biji mata Alan memandang Juriffa sebelum Juriffa perlahan menyekeh kepala lelaki itu, menyedarkan Alan kembali ke realiti.
"Alan! Jangan pandang I macamtu! It's me! Juriffa! I'm not hantu laaa..."
Setelah disekeh barulah Alan menutup semula mulutnya sebelum tawa mula meletus di bibirnya.
Aduh! Tak pasal dia kena sekeh!
"Hahahaha... Hey... Juriffa. Haih... I really thought roh Juweeta datang jumpa I... Eeeeee... You've got my hopes up tau..."
Ada sedikit nada kecewa di hujung ayat itu dan Juriffa tersenyum sumbing.
Apa dia boleh buat, sudah rupanya memang serupa dengan Juweeta.
"Hahaha sorry... You buat apa kat sini?"
Soalan Juriffa membuatkan Alan kembali membuang pandang ke tengah tasik yang besar dan tampak tenang itu.
Juriffa dapat mengagak, tetapi sengaja dia bertanya.
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm