BUNYI jam loceng yang berkumandang kuat memenuhi ruang bilik membangunkan Juriffa dari lena panjangnya.
Juriffa mengecilkan mata dan jam di tersebut dimatikan dan dilihat. Pukul 7.55 minit pagi. Yeay!!! Selamat pagi dunia!
Tiga helai kertas putih yang tertulis tulisan berwarna perang itu dicapai dari meja kecil sebelah katil dan dibaca sekali lagi dengan senyuman lebar.
Kertas 1: I'm so sorry for everything.
Kertas 2: Will you have a breakfast date with me tomorrow?
Kertas 3: 8A.M. @ gazebo
Teringat pula peristiwa semalam yang tiba-tiba Emilia mengetuk pintu biliknya pada lewat malam. Elok dah tarik selimut, pintu biliknya bertalu-talu diketuk budak perempuan itu.
***flashback***
"Kak Juuu, nak minta tolong boleh?"
"Boleh, sayang. Apa?"
Juriffa bertanya di muka pintu setelah melihat Emilia yang sedang tersenyum melihatnya. Tiba-tiba, tiga gumpalan kertas putih berbentuk bola dihulurkan dan Juriffa tiada pilihan selain mengambilnya.
"Esok Emil ada Pendidikan Seni. Tapi kertas Emil dah ronyok. Emil nak minta Kak Ju tolong seterika untuk bagi kertas ni lurus balik boleh?"
"Laaaa kenapa Emil tak cakap? Kak Ju ada banyak kertas putih kosong. Emil cakap je nak berapa. Kak Ju ambilkan."
"Tak boleh kakkk, Emil nak kertas ni jugak."
Anak kecil itu berdegil pula.
"Sama je sayang saiz dia dengan warna. Lagi straight dan nampak baru pulak tu... Kak Ju ada banyak, serius banyak. Emil nak ratus-ratus pun Kak Ju boleh bagi."
Juriffa cuba memujuk kerana merasakan menyeterika kertas ialah suatu kerja sia-sia. Namun pujukannya hanya membuatkan Emil bermasam muka.
"Tak nakkk Emil nak yang kertas Emil jugak... Please, pleaseee, pleaseee Kak Juuu..."
"Haaa yelah yelah... Kejap yeee..."
Akhirnya Juriffa mengalah juga kerana malas berdebat. Sudahlah lewat malam dan jetlagnya masih bersisa membuatkan Juriffa sangatlah malas untuk berbuat apa-apa.
"Kak Ju buat dulu tau, Emil nak masuk tidur dulu. Nanti esok Emil datang ambil balik ye. Tau... Tauuu... Tauuu... Bye Kak Juuu."
Eh? Selepas berkata sedemikian, terus budak kecil itu lari dan menuruni tangga. Juriffa ditinggalkan kebingungan seorang diri di pintu bilik sendiri.
Amboi... Kenapa dia pulak yang macam bibik ni?
Nasib adik Emriel!
Juriffa segera menutup pintu dan mengambil hair straightenernya serta suis dihidupkan. Malas nak guna seterika, berat.
Macam-macam betul si Emil ni. Mesti Emil sebenarnya nak minta tolong Emriel, tapi takut kena marah kan. Haihhh.
Setelah pelurus rambutnya sudah tersedia panas dan sedia untuk digunakan, Juriffa segera mengapit kertas tersebut dan cuba meluruskan kertas-kertas tersebut.
Entahlah, kerja sia-sia apa yang dia buat tengah malam ni. Mengenangkan Emilia tu adik kekasih hati je dia tolong. Kalau bukan adik Emriel, tidaklah Juriffa berkorban macam ni.
Namun dalam mata kuyu yang mengantuk, tiba-tiba sahaja matanya terbuntang melihat setiap ayat yang muncul di kertas membuatkan dia semakin teruja untuk meluruskan kertas yang lain.
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm