BAB 13

1.7K 156 105
                                    

SEJAK dari tadi lagi mata Jasreen tidak lepas daripada mengamati wajah lelaki yang berdiri di samping Juriffa yang tersenyum lebar itu.

Siapa yang Juriffa bawa ni? Takkan boyfriend kot?

Hmm. Tak mungkin. Juriffa memang kurang ngam sikit dengan tunangnya, Aafieq, tapi tak adalah sampai tahap curang.

Tetapi... Sungguh. Lelaki yang berada di sebelah Juriffa itu macam dia pernah kenal. Pernah tengok selalu. Lelaki yang berkulit cerah dan berwajah 'noob' itu.

Rambut hitam yang digayakan ke tepi dengan elegan sekali walaupun pakaiannya cuma ringkas. Hanya mengenakan seluar jeans biru gelap yang mengikut bentuk kaki dan t-shirt warna kelabu yang melekap ke tubuh sederhana sasa itu.

Memang segak gila!

"Perkenalkan... Kawan baik aku...  A.K.A abang bibik aku... Emriel."

Suara Juriffa mematikan dunia Jasreen yang tersendiri. Mendengar nama lelaki itu... Automatik jantung tenang Jasreen berdegup kencang semula.

Ya... Dia kenal gerangan lelaki ini... Sangat kenal sebenarnya!

"Sejak bila pulaklah aku jadi kawan baik dia ni..."

Bisik Emriel perlahan penuh rasa jelak. Sesuka hati sahaja Juriffa mengatakan dia kawan baik. Rasanya Juriffa sahaja yang selalu melayannya seperti kawan baik. Dia tak pun.

"Kau... Muhammad Emriel Bin Muhammad Razak, kan?"

Pertanyaan tiba-tiba Jasreen agak memeranjatkan Juriffa. Jasreen tahu nama penuh Emriel siap berbinkan bapanya sekali sedangkan dia majikan Emriel pun dia tidak tahu?!

"Hmm... Kau siapa pulak ni...? Siap tahu nama penuh aku ni?"

Emriel mengerutkan dahi ke arah seorang gadis cantik yang berdiri berhadapan dengannya itu.

Gadis itu mengenakan sehelai t-shirt putih plain dan kimono longgar singkat bercorak bunga-bunga kecil di tubuhnya serta memakai sehelai jeans biru gelap.

Dengan rambut karat yang disanggul ringkas, memang menampakkan sisi feminin gadis itu.

Nak kata kawan lama... Seingat Emriel, sahabat-sahabatnya memang seorang pun tak ada yang feminin dan cantik macam ni. Semuanya swag!

Juriffa tu memang feminin... Tapi dia... Entahlah Emriel sendiri pun tak tahu sebenarnya apa posisi Juriffa dalam hidupnya.

"Kau dah tak ingat aku? 'Sejak kita jadi partner in crime, kau sedar tak yang hidup kita ni macam mana pun boleh jadi gembira walaupun kadang-kadang terpaksa jadi jahat sikit? Gembira tu sebenarnya takdir yang kita boleh pilih, Jasz.'"

Penuh semangat Jasreen memulakan sesi mengingatkan kembali zaman awal persekolahan sekolah rendah dahulu. Kelihatan Emriel seperti pernah mendengar ayat tersebut. Mana tak pernah, memang itu ayat Emriel yang paling Jasreen ingat pun!

Ayat yang Emriel pernah kata... Apabila bapa Jasreen meninggal dunia dan Emriel cuba untuk menggembirakan dia dan cuba membuatkan Jasreen tidak berasa sunyi.

"Masalahnya kau tu jahat banyak."

Jasreen menyambung lagi tetapi kali ini ayat yang pernah keluar dari bibirnya pula.

"Apa pulak yang jahatnya... Setakat kita songlap..."

Kali ini giliran Emriel pula yang menyambung percakapannya yang juga tidak pernah habis dari dulu.

Memang ayat yang tak ada penghujungnya walaupun dulu dia hanya ingin berkata setakat mencuri duit bendahari kelas hanya dengan niat mengusik sahaja bukanlah jenayah besar pun.

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now