SETIBANYA di wad, Emriel berdiri seketika di hadapan pintu wad dan mengintai dahulu melalui ruang kaca di pintu.
Kelihatan Emilia dan Juriffa sedang serius bersembang dan Emriel tidak mahu mengganggu.
Setelah bicara mereka terlihat semakin reda, barulah Emriel menapak masuk ke wad dengan beg plastik hitam yang dijinjing di tangan kanannya.
Plastik diserahkan pada Juriffa tanpa bicara dan Emriel mengambil duduk di kerusi bersebelahan Juriffa, manakala Emilia sudah beransur ke sofa untuk membaca komiknya.
Pandangan Emriel dan Juriffa bersabung seketika. Tetapi entah kenapa Emriel merasakan pandangan Juriffa cukup redup.
Emriel ingatkan Juriffa hendak memarahinya seperti dalam telefon tadi, namun sebaliknya.
Tangannya yang sudah lama tidak disentuh gadis clingy itu diraih gadis itu membuatkan Emriel sedikit berdebar.
"I'm sorry..."
Lirih sahaja suara Juriffa dan Emriel tersenyum biasa.
"Taklah... Tak apa. Tak susahkan apa pun. It's a natural phase, right... Biasalah tu, perempuan kan-"
"Eeee Ju bukan cakap period! Ju cakap pasal benda lain! Awak ni buat Ju malu balik pulak eiii!"
Tangan Emriel yang baru diraih tadi segera dilemparkan semula ke katil membuatkan lelaki itu terpinga-pinga mencari kesalahannya.
Baru Juriffa nak slow talk tentang isunya dengan Emriel, Emriel pi sebut hal lain yang memalukan Juriffa pula!
Automatik wajahnya berona kemerahan apabila mengingatkan kejadian bocor tadi. Eiii!
"Laaaaaa mana saya tahuuuu apa dalam fikiran awakkk! Mana saya tahu awak minta maaf sebab apaaa..."
Keluh Emriel penuh rasa kecewa. Harini sahaja boleh kira berapa kali dia asyik kena dengan Juriffa hanya sebab dia tak tahu dan tidak boleh membaca fikiran gadis itu.
"Hmm... Lupakan jelah... Ju cuma nak minta maaf... Emil dah cerita semuanya... Dari awal, sampai habis..."
Balas Juriffa, cuba mengembalikan mod serius yang ingin dibincangkan.
Terkejut juga Juriffa mendengar cerita Emilia tentang rambutnya yang dipotong, kemudian dihantar kepada Emriel membuatkan lelaki itu cemas dan meninggalkan majlis pertunangannya.
Rupa-rupanya itu semua trick Joe Piranha sahaja untuk menghalang Emriel daripada masuk menjadi sebahagian daripada keluarga Juriffa.
"Ohhh...... Pasal tu... Tak apalah kalau Emil dah cerita... Saya nak je cerita... Tapi haritu saya nak explain, tapi awak tak sedia dengar.
Jadi, saya nak tunggu masa sesuai dulu... Sekarang ni awak still dingin dengan saya, jadi saya taknak kalau saya cerita, macam pressure awak pulak untuk percaya saya..."
"Lepastu awak suka ke hubungan kita tak jelas macamni? Awak memang suka kita bergaduh macamni, tanpa buat apa-apa usaha untuk betulkan balik hubungan kita?"
Ah sudah, Emriel sudah mati akal apabila Juriffa mula menyerangnya sebegini.
"Awak kan yang kata kalau saya explain sekalipun, takkan dapat ubah apa-apa..."
"Haihhh Emriel... This is why buat Ju rasa nak marah awak... You really lack of communication... And its hurt me... Pasal Joe ganggu awak tu... Kenapa awak tak cakap dengan Ju?"
"Saya taknak awak terlibat dan pening-pening pasal ni. Haritu awak dah letih sangat fikir pasal majlis tunang tu sampai lupa makan. Saya tak nak tambah masalah awak lagi dengan fikir benda macamni..."
![](https://img.wattpad.com/cover/60681702-288-k954411.jpg)
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm