BAB 30

1.3K 108 15
                                    

"SAYANG... Look at this! Cantiklah baju ni. Sesuai sangat dengan sayang. Warna dia, tekstur dia..."

"Ju pakai apa pun cantik kan..."

Keluh Juriffa yang tak berminat langsung untuk membelek pelbagai jenis gaun yang dijual di dalam butik mewah itu. Bukan tak cantik, semua cantik dan macam-macam corak dan design.

Masalahnya... Kalau mood tak ada, maksudnya tak ada lah nak buat apa pun.

"Ya... I know right... Sayang memang pakai apa pun cantik, semua orang boleh nampak."

Kata Aafieq, menarik lengan Juriffa ke bahagian lain pula. Juriffa tidak menghalang, tetapi mengikut sahaja walaupun langkahnya macam tak ikhlas.

"Awak ni sayang... Sihat ke tak sebenarnya? Lemah semacam aje."

Belakang tangan diletakkan ke dahi Juriffa yang lebih banyak membisu daripada bercakap itu.

"Tak panas pun. Awak ada sakit kat mana-mana tak?"

Habis prihatin Aafieq menyoal Juriffa yang berwajah polos sejak tadi. Waktu pagi tadi semasa di mesyuarat pun Juriffa langsung tak terkejut nampak dia, siap tak perasan langsung.

Bila dia tegur kata dia Aafieq, boleh pulak Juriffa tayang muka 'oh-Aafieq-rupanya'. Terasalah jugak...

"Lovesick..."

Balas Juriffa sepatah sebelum meletakkan punggung di sofa kecil yang terletak di butik tersebut. Aafieq hanya menggeleng, mengusap rambut lurus Juriffa.

"Nak lovesick apa lagi Juriffa sayang... I'm here, Aafieq Ferdaous, your finance is here, right next to you."

"Hesy... Bukannya lovesick kat abang..."

Jawapan tanpa rasa bersalah Juriffa mengubah riak wajah Aafieq. Dia rasa dia tak perlu tanya kot siapa lelaki yang berjaya menakluki hati Juriffa kalau bukan...

"Eh, Emriel?"

Pandangan Aafieq berubah ke seorang lelaki yang baru sahaja lalu di fikirannya tadi. Emriel.

Tapi Jasreen pun ada di samping Emriel. Aafieq mengeluh ke arah Jasreen tetapi Jasreen hanya mengangkat bahu, juga dengan muka fed up.

"Awak dah beli baju ke Riel?"

Tanya Juriffa, bangun daripada sofa dengan wajah yang sedikit elok daripada tadi. Taklah setegang tadi.

"Belum lagi... Aku ni... Tak reti sangat pasal bab-bab pilih pakaian ni... Kau... Sudi tak-"

"Ha, jom?"

Tangan Emriel ditarik dan dibawa jauh, meninggalkan Aafieq yang membesarkan mata tidak percaya. Kemudian dia mengeluh dan menggeleng.

"Apasal yang Jasz ni pandai sangat bawak lelaki tu datang sini? Banyak lagi kedai lain kan? Haih..."

Kepala yang terasa serabut diurut dengan jari sebelum menjatuhkan tangan ke sisi. Letih betul dengan dunia ni.

"I'm done, abang. Emriel tetap tak sukakan Jasz. Sama macam situasi Juriffa yang tak sukakan abang. I know you feel me. Terseksa tau tak bila kita duduk dengan orang yang kita suka, tapi fikiran dia kat lain, fikirkan orang lain..."

"I feel that Jasz. Tapi... Dengan bagi diorang berjumpa macam tadi tu... Jasz rasa apa yang Jasz buat tu betullah? Lagi sakit hati abang ni, Jasz tau tak?"

"At least kita boleh tengok muka diorang gembira... Bukannya muka terpaksa bertahan dengan kita macam tadi tu..."

Jasreen memandang ke arah Juriffa dan Emriel yang sudah gembira bersama-sama membelek pakaian tidak jauh daripada tempat dia dan Aafieq berdiri.

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now