BAB 18

1.3K 131 35
                                        

KAKI dihayunkan dengan laju menuruni tangga. Alahai! Tak sabarnya nak tengok Emriel pagi ni! Mesti comel macam selalu!

Bukkk!

"Kau ni gila nak mampos ke hah jalan menonong aje? Dah tu tak reti nak bagi laluan ke ha?" soal Jebat yang sudah terhenti langkahnya di beberapa anak tangga atas daripada Juriffa.

"Aku abang kau kot."

"Ergh. Tak kot."

Juriffa segera menghentikan langkah juga dan bertentang mata dengan Jebat yang awal-awal pagi lagi sudah menengking tak tentu pasal. Daripada pakaian Jebat yang berbaju sukan itu memang tahu yang Jebat baru habis jogging di sekeliling taman perumahan. Patutlah busuk, dan cepat nak marah!

Lagi menyakitkan hati, semalam waktu nak minta tolong dia gantikan Jebat, boleh pulak cakap elok-elok. Hari ini, tak ada apa-apa kerja, terus dia jadi kuanghajo.

"Apa pandang-pandang aku macam tu? Kau nak cari gaduh dengan aku pagi-pagi buta macam ni? Atau... kau dah terpikat dengan abang kau sendiri...?" tanya Jebat lagi dengan senyuman sinis terukir dibibirnya.

"Terpikat? Dengan kau?" jari dihalakan tepat ke wajah Jebat dan ada tawa kecil yang terhasil di bibir Juriffa.

"Yeah... aku kan orang kaya, berpelajaran, bekerjaya..."

"Hey... kalaulah aku boleh tentukan ahli keluarga aku, aku lebih suka jadi anak tunggal daripada ada abang perangai puaka macam kau ni! Ada hati nak kata aku terpikat... nak jadi abang aku pun aku tak sudi inikan pula nak jadi pasangan aku!"

"Aku pun kalau aku tahu aku nak dapat adik perangai tak semenggah dah kurang ajar macam kau ni, memang masa kau duduk dalam perut mama lagi aku dah cucuk-cucuk perut mama tu!"

"Eleh cakap meniru aku!"

"Mana ada aku tiru!"

"Dahlah kau pergi naiklah! Semaklah kau ni! Benda kecik pun nak diperbesar..."

Akhirnya Juriffa cuba menghentikan perbalahan antara mereka dan Jebat pun kelihatan seperti tiada mood untuk bertekak lagi. Tak pasal lagi pagi-pagi lagi dah kecoh tapi nasiblah bilik Emriel kat hujung belakang sana. Kalau tak, habislah kedengaran suara jantan Juriffa.

"Huh... kau yang cari pasal dulu..."

Jebat sudah memalingkan tubuh dan menaiki beberapa anak tangga untuk ke atas lagi.

"Kau tu yang nak marah tak tentu pasal..." ujar Juriffa dengan suara perlahan. Menjawab masih menjawab, tapi bukan gaduh dah.

Eh... kejap... cakap pasal marah...

"Eh kau... Jebat Naufal. Kau tengok aku sekarang kalau kau berani!"

Naik seoktaf suara Juriffa membuatkan Jebat menghentikan langkah di anak tangga paling atas dan memalingkan pandangan 'apahal-lagi-kau-ni-ha' ke arah Juriffa.

"Jebat Naufal bila berpeluh busuk kalah kentut skunk dahlah konon tiap-tiap hari workout, tapi satu otot pun tak nampak, dahtu, body dahlah tak lawa, gemok, macam Kungfu Panda lemak berlapis-lapis bawah dagu dengan perut! Eww!!!"

Ucap Juriffa dengan sekali nafas sahaja membuatkan Jebat ternganga sedikit.

"Berani kau?! Kau apahal hah Juriffa Natrah si gemok pipi besar kembong macam Gloria Madagascar (watak badak sumbu betina huhuhu), badan tak lawa langsung macam..."

Klikkk!

"Kau buat apa tangkap gambar aku, hah?!"

Tengking Jebat sebelum melajukan langkah menuruni tangga dan Juriffa segera meringankan kaki untuk menyambung larian untuk menuruni tangga sambil menjerit sesuatu yang sejak tadi dia fikir, superhero!

"Papa!!! Jebat nak cekik Ju lagi!!! Tolong!!!"

"Jebat Naufal!!!"

Jerit Zamri yang sudah muncul di anak tangga paling bawah sekali lalu segera memberi laluan kepada puterinya yang kalut hendak meninggalkan tangga.

"Damn Juriffa, damn!"

"Jebat!!! Watch your mouth!!!"

Lagi sekali Zamri menjerit kepada anak lelaki tunggalnya yang tidak lepas memandang Juriffa tetapi tidak berani untuk melepasi dirinya di anak tangga paling bawah.

Dengan wajah hampa dan pemegang tangga ditumbuk kasar, Jebat naik semula ke atas dan tindakannya hanya mendapat gelengan daripada Zamri.

**********
**pendek an? jap! nanti wina sambung :'(**

**korang yg add dlm reading list mesti menyampah kan wina jarang update, yeah. Im a bit lost a few day ni. Haih.**

**Eclipse Dome dah diunpublish :( idk why but im feel so bad about it**

**korang bosan ngan cerita wina?? Gi baca Aku Seorang Muhajidah by TheHana__ !!! Cerita yang penuh saspen & pengajaran :') semoga bermanfaat coz cerita wina ciput elemen agama, enjoy dan jgn lupa VOTE, KOMEN cerita kami hihi**

Abang Bibik✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang