SEBAIK sahaja Juriffa melangkah turun daripada kereta, tubuh pertama yang dicari di fakultinya ialah Alan.
Biasanya Alan akan muncul di depan bangunan fakultinya untuk menemani Juriffa ke kelas, tetapi hari ini langsung tidak kelihatan.
Sudahlah Alan diam membisu tanpa kata sejak beberapa hari lepas, Juriffa ingatkan Alan menjemputnya di rumah seperti biasa, tetapi tiada langsung bayang lelaki itu.
Emriel pun tak ada muncul nak tolong memandangkan pemuda itu awal-awal pagi lagi sudah ke pasar. Akhirnya Juriffa memandu sendiri ke kolej. Boleh je hidup tanpa lelaki sebenarnya.
Telefon pintar di dalam beg diambil dan segera diperiksa. Kosong.
Tinggg!
Macam tahu-tahu, tiba-tiba notifikasi daripada Alan muncul. Biasanya Alan yang muncul, ini mesej dari pemuda itu sahaja.
I tak datang kolej harini...
Take care...Beberapa kali Juriffa membaca mesej Alan seperti tidak percaya.
Wow... Ringkasnya? Biasanya Alanlah yang terpaling pujangga? Sudahlah sejak pulang dari kelab malam dua hari lepas, Alan langsung tidak menghubunginya.
Juriffa cuba menelefon Alan untuk menanyakan khabar tetapi tidak berangkat. Apabila mesej, lelaki itu hanya menjawab dia okey.
Okey apa benda macamtu?
Juriffa sendiri tidak tahu mengapa Alan seolah-olah menjauhi dirinya tanpa sebarang penjelasan.
Sekurang-kurangnya beritahulah sesuatu. Tetapi mungkin juga Alan belum bersedia untuk meluahkan atau berkongsi isi hatinya, entahlah.
Tapi tingkah laku Alan yang agak pelik sumpah buat Juriffa overthinking!
Langkah diatur menaiki tangga sambil matanya tertancap di skrin telefon pintarnya. Laman instagram dibuka dan feed instagram di scroll bersahaja, mencari kata-kata motivasi sambil melihat rakan internet yang bangga menayang diri.
"Gais-gais-gais! Tengok laman web kolej! Ada update!"
"Uwuuuuu wowww bapak ahhh!"
"Giiiilaaaaaaaaa! Cepat-cepat spam diaaa tunggu apa lagi!!!"
Suara yang kecoh entah dari mana puncanya buat fokus Juriffa terganggu sedikit dan dia mula mengangkat kepala daripada telefonnya.
Kelihatan semua pelajar sibuk dengan gajet masing-masing dan mula berbisik-bisik sesuatu. Malas Juriffa nak ambil peduli.
Biasanya yang dikemas kini dan upload di laman web kolej semuanya berkenaan aktiviti di kolej dan tiada apa yang menarik pun.
Langkah diteruskan juga mendaki tangga tanpa menghiraukan apa yang sedang berlaku.
Tinggg!
Tinggg!
Tinggg!
Tinggg!
Tinggg!
Terkejut Juriffa apabila telefon bimbitnya tiba-tiba sahaja menerima banyak notifikasi WhatsApp daripada nombor tidak bernama yang berbeza-beza.
Jadi cuak Juriffa tiba-tiba untuk membuka mesej yang tidak diketahui isinya itu. Pelik dan menakutkan!
Langkahnya diberhentikan di tengah-tengah tangga dan mula menilik WhatsApp yang masuk bertalu-talu.
Aplikasi WhatsApp terus laju ditekan, melihat gerangan tidak bernama yang banyak menghantar spam mesej kepadanya, tetapi satu chat pun Juriffa tidak berani bukak.
![](https://img.wattpad.com/cover/60681702-288-k954411.jpg)
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
أدب المراهقينCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm