BAB 8

1.6K 153 15
                                    

"JU kalah, right..."

Spontan Emriel dan Emilia memandang ke arah Juriffa yang tiba-tiba muncul di pintu biliknya yang sedia terbuka itu.

Dia datang dah, dia datang dah...

"Kalah apa, kak?"

Emilia yang tak tahu apa-apa pula yang bertanya. Emriel pula meneruskan kerjanya melipat kain baju.

"Tak ada apalah, Mil. Emriel... Jom ikut Ju keluar lepak. Ju nak selesaikan syarat battle semalam..."

"Tak payahlah jadi kalut... Aku takkan tuntut pun syarat tu. Lagipun aku ada kerja ni. Kalau ada kerja lain pun lebih baik buat kerja lekat bekas telur ayam tu. Semalam tak sempat buat pun."

Jawab Emriel selamba, masih sibuk melipat kain dengan Emilia.

"Jomlah, Emriel. Pasal benda tu... Tak apalah. Petang kelmarin Ju tertidur sampai ke malam. Benda tu nanti pun boleh. Ju boleh buat sendiri..."

Juriffa masih cuba memujuk Emriel yang kelihatan tidak berminat dengan pelawaannya itu.

"Kalau tergedik nak keluar sangat, bawak Emilia ni. Aku ada kerjalah. Bukannya 24 jam nak teman kau je. Lagipun kat luar sana tak ada orang yang nak cederakan kau pun... Dalam rumah ni aje yang tak berapa selamat."

Juriffa terdiam sebentar cuba mencerna apa yang dikatakan Emriel. Rasanya sekarang... Emriel dah nampak kut pasal dia dengan Jebat semalam...

Okey, sumpah memalukan.

"Jomlah, Emriel... Kita bawa Emilia sekali. Kerja tu kerja Kak Siti, kan... Awak tu kerja untuk Ju, bukan Kak Siti."

"Haih... Biarlah aku nak tolong pun... Kak Siti pun banyak kerja lain lagilah... Rumah kau dahlah besar. Takkan Kak Siti seorang nak uruskan untuk enam orang dalam rumah ni."

"Emriel..."

Juriffa merengek di pintu. Sebelum Emriel tidak bersetuju, memang dia tak mahu pergi! Memang sekarang mood dia rasa terbeban sangat.

Dan dia rasa Emriel orang yang sesuai untuk dia luahkan masalahnya.

"Aku tak nak ikut."

Jawab Emriel tegas tanpa memandang wajah suram campur manja Juriffa itu.

"Siapa ajak awak?"

Tangan Emriel yang ligat melipat kain tadi terhenti. Matanya terus memandang ke arah perempuan yang tidak pernah putus asa selagi dia tak dapat apa yang dia mahu itu.

Tetapi kali ini... Juriffa macam nak cari gaduh aje!

"Okey. Lepastu yang dari tadi duk tergedik-gedik 'jom jom Emriel keluar' tu benda apa? Menggatal?"

"Ha... Ju tak ajak. Tetapi sebagai majikan awak, Ju memaksa awak untuk ikut. Eh, mengarah."

Cakap Juriffa sambil bercekak pinggang di depan pintu.

Memang ini cara terakhir dengan menggunakan kuasa vetonya sebagai majikan kerana Emriel memang seorang yang amanah dalam pekerjaan.

Emriel memandangnya serius. Ya Allah. Perempuan ni... Sabar ajelah!

"Kata nak balas jasa Ju.."

"Fine... Kau keluar dulu. Nanti aku keluar dengan Emil."

Akhirnya Emriel mengalah. Meluat nak dengar pasal hutang-hutang budi ni.

"Tak payahlah nak take time make up. Awak dah cukup handsome dah harini... Macam hari-hari lain..."

Sempat lagi Juriffa memuji Emriel dengan senyuman yang tersungging di bibir. Tetapi pandangan malas nak layan Emriel membuatkan senyuman Juriffa hilang.

Semua salah! Puji salah, perli salah!

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Segala vote dan comment amatlah dihargai ❤ 

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now