"THANK you, sir."
Ucap Emriel kepada pemandu teksi tersebut sebaik sahaja tiba di destinasi yang paling dia rindui.
"Most welcome, have a good time together!"
Ramah pemandu teksi itu membalas dengan senyuman. Emriel hanya mengangguk dan membalas senyuman lalu keluar daripada teksi berwarna kuning itu.
Juriffa yang tidak tahu apa-apa itu hanya mengikutnya dengan wajah yang paling suci, polos.
"George Washington Carver Area High School?"
Sebut Juriffa apa yang tertera pada pintu gerbang kelabu yang berdiri megah itu.
Emriel langsung tidak menghiraukan Juriffa yang kelihatan bingung itu. Mungkin Juriffa lupa yang dia pernah bersekolah dan tinggal di sini.
Pintu pagar yang amat tinggi itu terbuka secara automatik dan Emriel segera melangkah masuk dan ada seorang pengawal bersenjata yang berdiri di pondok kecil.
Pondok pengawal kot. Juriffa yang baru sedar Emriel sudah masuk cepat-cepat mengikuti langkah Emriel sebelum pintu pagar besar itu tertutup dan membuatkan dia mati tersepit macam Final Destination. Ew pehal!
Kelihatan Emriel dan lelaki itu sangat mesra. Juriffa malas melayan dan mendengar perbualan dua lelaki itu memandangkan Emriel memang tak suka bersembang dengan dia pun.
Pandangan dilemparkan ke bangunan empat segi yang amat besar dan berwarna kelabu dan tertulis CARVER MILITARY ACADEMY itu.
Di hadapan bangunan itu terdapat padang mini yang rumputnya cukup kemas, macam karpet dari Pakistan.
Pandangan dihiasi lagi dengan kadet-kadet yang beruniform lengkap warna hitam dan siap bertopi berry warna hitam juga sedang berkawad dengan penuh bersemangat dan amat tersusun.
Juriffa pula yang kagum!
Oh! Kejap! Baru ingat! Military! Emriel pernah sebut yang dia pernah sekolah military!
Eh, Emriel! Mana Emriel?
Juriffa kembali memandang ke arah pondok pengawal tadi. Tak ada. Yang ada cuma pengawal tadi yang berdiri tegak dan kini berwajah serius.
"Ju-on!"
Automatik Juriffa ternampak Emriel yang sudah jauh ke hadapan dan memandangnya dengan muka meluat itu. Itu tak lain tak bukan, nak marahlah tu.
Cepat-cepat Juriffa mengejar Emriel dengan langkah terkedek-kedek. Bapak ko lah sakit kot lari pakai sport heels.
"Laju sangatlah awak ni! Kut iya pun panggillah Ju tadi! Ini kalau Ju hilang apa awak nak jawab dengan keluarga Ju?"
"Nak jawab apa, macamlah keluarga kau tak kenal Juriffa ni anak dara gedik, suka merayau. Memanglah hilang."
"Oh... Macam tu eh nak jawab... Alolo pandainya... Kalau Ju hilang betul-betul... Awak nak jawab macam tu lagi? Awak nak kahwin dengan siapa kalau Ju hilang?"
"Good morning, sir!"
Sekumpulan pelajar perempuan yang duduk melepak di bawah pokok mula menegur Emriel dan mengangkat tabik dengan tertawa kecil.
Juriffa hanya memerhati dari sisi Emriel. Bukan main mesra lagi Emriel membalas sapaan mereka. Siap tersenyum-senyum lagi. Tadi muka habis teganglah masa dengan dia.
Dasar lelaki tetap lelaki! Pantang nampak anak dara muda-muda!
"Good morning, my girls!"
My girls? Duh, bingit eh telinga Juriffa tiba-tiba.
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Novela JuvenilCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm