"JURIFFA. No."
Emriel menjegilkan mata sambil tangannya menggenggam erat lengan Juriffa. Mana taknya, bersemangat betul Juriffa nak M&G a.k.a. meet and greet Charlie Puth!
"Please...? Bukannya selalu dapat chance macam ni! Mati hidup balik pun belum tentu dapat peluang macamni!"
Rengek Juriffa sambil tangannya pula menarik lengan Emriel, memaksa pemuda keras kepala itu mengikutinya.
"Juriffa, awak tu kecik kalau nak dibandingkan orang-orang kat sini. Bersesak-sesak macam tu, sekali awak tersalah langkah, tak pasal kena pijak jadi karpet."
"Then... Kalau awak tak nak kahwin dengan karpet, lindungi jelah Ju! Awak ni tak sportinglah Riel! Temankanlah Ju kejap??? Bukan ke awak pun fans Charlie Puth?"
Emriel tersenyum segaris sebelum menggeleng.
"Oh... Bukan fans ya? Yang awak duk dengar lagu dia, ada CD album dia, hafal lagu dia, pandai main piano lagu dia, reka teka-teki sengal pakai nama Charlie Puth dan yes, paling latest...
Siap ada tiket konsert dia...? Wow Emriel wow... Cara awak tu dah macam psiko yang gay tau? Macamtu awak kata bukan peminat dia lagi?"
Panjang lebar Juriffa membebel sambil tangannya menarik kuat lengan Emriel tetapi sedikitpun mereka berdua tidak berganjak.
Panas hati betul! Kalau dia nak pergi seorang, Emriel pulak yang halang dia!
"Tak semestinya... Boleh jadi jugak kalau saya tak minat langsung Charlie tu, tapi saya pura-pura minat dan ambil tahu sebab kesayangan saya kan peminat tegar dia.
Mungkin saya cuma nak ambil hati awak dengan minat benda yang sama dengan awak...?"
Ayat yang berbunyi bangkangan daripada Emriel buat Juriffa tersenyum segaris.
"That sooooo not my Emriel. Emriel saya tak se-sweet tu, okey? Mengaku jelah, bukannya Ju nak ejek awak gay pun... Tak payah nak malulah jadi seorang fanboy, bukan berdosa pun..."
"Okay fine... Saya mengaku. Tapi saya fans awak sorang jelah, Juriffa."
Merenyam je Juriffa melihat Emriel yang mengerdip sebelah mata dengan senyuman manis. Dia ingat tu pickuplines ke? Basi okey?
"Kalau fans Ju, temankanlah Ju, protect Ju! Ju tak mintak banyak pun! Satu dua tiga empat lima gambar pun jadilah! Cepatlah Riel! Pleaseee jom-jom-jom!"
Emriel menggeleng sambil memeluk tubuh. No way dia nak biarkan Juriffa dekat-dekat dengan lelaki lain. Itu satu hal, ini belum kira gedik Juriffa lagi.
"Benci tau lelaki yang macam awak ni. Rugi siapa yang dapat-"
Ayat Juriffa tergantung begitu sahaja apabila Emriel menekup mulutnya dengan telapak tangan. Serentak dengan itu, tangan Juriffa ditarik walaupun amat jelas gadis itu tidak rela mengikutinya.
"Diamlah Juriffa... Saya rasa lebih baik kita gerak sekarang... Sebelum..."
"Hey! Stop there!"
Terus langkah Emriel untuk ke pintu keluar terhenti, seiring dengan jeritan menggunakan mikrofon yang memecah suasana kecoh tadi.
Juriffa sudah berjaya meloloskan diri daripada tangan Emriel dan berjaya mengubah telapak tangan Emriel yang menekup bibirnya. Tetapi Juriffa pula yang hairan melihat Emriel yang tidak meneruskan niat untuk keluar daripada pusat boling mewah itu.
"Yes there... The guy and the girl who wear that blue sweater... Please freeze. I know thats you..."
Juriffa sudah tidak sedap hati, memandang Emriel yang kaku di sebelah untuk mendapat jawapan kenapa perangai Emriel pelik tiba-tiba tak nak jumpa idola sendiri dan... Sweater biru tu macam merujuk kepada dirinya dan Emriel je...?
"Emriel...?"
Nama Emriel yang disebut menggunakan mikrofon buat Juriffa tersentak sebelum berpaling ke belakang. Paling buat Juriffa speechless... Bila dia dan Emriel seperti menjadi tumpuan ramai!
"Welcome back, darling..."
Senyuman sinis Charlie yang betul-betul menghala ke arah mereka buat mata Juriffa membesar. Apa semua ni?
"Emriel... My. Lil. Stripper."
Pandangan Juriffa dikembalikan kepada Emriel dengan rahang yang sudah terjatuh. Dia tak salah dengar kan?
"I swear, I can explain it, sayang."
"W-What the...?"
Itulah kata-kata terakhir Juriffa sebelum terpengsan akibat terlalu mengantuk atau terkejut yang amat samgat Emriel pun tak pasti.
📢📢📢📢📢❤A/N❤📢📢📢📢📢
First of all, SORRY! Dah la update lambat, pendek, slow plot, bosan!!! Ok wait, ada amaran sebelum you guys proceed bab seterusnya!
1. THANK U FOR THE 20K++ views seriously tak pernah expect or berharap sebanyak tu!😭😢💓
2. Nak bagi amaran ni, beberapa chapter next ni maybe agak (sangat) mengarut, sebab MANA MUNGKIN KITA JUMPA CHARLIE PUTH!!! kahkahkah thats sad tho😭
3. Actually first² Wina nak tulis fanfic pasal Charlie Puth, tapi sebab bila fikir balik... Malas ah, letih laaa berangan sorang²...🙄
4. Tapi... Beberapa bab jea, I will make it short!😜😫 Sebab I guess tak semua orang suka fanfic kan...?
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm