BAB 45

817 70 37
                                    

SPLASHHHHHH!!!

"Weheee!!!"

"Wooo!!!"

"One more time, Charlie!!!"

Emriel mendengus panjang sebaik sahaja kakinya melangkah keluar daripada pintu sliding vila. Bukan main mesra lagi si Juriffa dengan Charlie sampai main kolam dua orang macam ada 50 orang!

Dulang berisi sarapan buat Juriffa dan Charlie diletakkan di sebuah coffee table berhampiran kolam tetapi matanya masih tidak lepas melihat Juriffa dan Charlie.

Juriffa masih memakai t-shirt kering milik Charlie, menandakan dia belum terjun ke dalam kolam. Cuma Charlie sahaja yang dah berapa kali masuk air dengan melakukan aksi backflipnya dan dikagumi Juriffa.

"Breakfast, guys..."

Macam bibik. Ha ye lah, memang bibik pun untuk Juriffa, untuk Charlie. Dah lama tak jalan tugas dah sampai lupa diri.

Juriffalah, selalu layan dirinya istimewa sangat, jauh sekali cara layanan majikan dengan orang gaji.

"Thank you! Can't wait for that! I'm sooo fucking miss your cook, mate..."

Pujian Charlie buat Emriel mencebik lalu duduk di sebuah kerusi rehat, tak rasa nak turut serta mandi kolam.

"No you aren't, Goo. I'm sure you just miss to bully me doing your picky meals."

"Hey don't call me with that name in front of pretty girl!"

Jerit Charlie sambil memercikkan air kolam ke arah Emriel yang duduk di sebuah kerusi lipat berjemur tidak berjauhan dengan kolam.

Cukup sensitif bila memanggil lelaki itu dengan panggilan manjanya oleh keluarganya dan juga Edmond.

"It's okay, Goo... She's my girl anyway. She won't take it as a big deal. Right, sayang?"

Pandangan dialihkan kepada Juriffa yang sedang makan sambil berdiri di tepi coffee table dengan penuh nutella truffle di tangan dan mulut.

Cepat-cepat gadis itu mengunyah makanan dalam mulut untuk menjawab soalan Emriel.

"I'm my daddy's girl, okay?"

Emriel mencebik meluat. Depan lelaki lain dan-dan milik bapak dia. Nak bagi hint konon single kat Charlie lah tu. Kalau tak, sikit-sikit Emriel, sana Emriel, sini Emriel...

"Liciknya..."

"But you're my daddy too, Emriel. Daddy to my kids."

Ayat sambungan Juriffa macam selalu asyik buat Emriel tersenyum kembali. Cubalah cakap macam mana tak sayang Juriffa.

"Oh nooo... Please tell me if you guys want to kiss so that I can dive...!"

Charlie yang menyakat dengan tawa kecilnya buat Emriel membesarkan mata dan menggeleng kecil. Dia okey, cuma Juriffa tu yang gila.

"Riel... Nak ke? Charlie bagi peluang tu..."

Juriffa yang bergerak menghampiri kerusi yang diduduki Emriel buat Emriel mengeluh. Bukan tak suka, cuma Juriffa ni ha suka menggoda.

"Sapa je tak nak... But save it for later, love. Ju pergilah main air sana. Kesian dugong kesepian tu main sorang-sorang. Awak kan geng dia, gi lah join sana."

Mata dilirikkan ke arah Charlie yang tenggelam timbul di permukaan air, bermain seorang diri sambil menunggu Juriffa masuk ke dalam air. Emriel memang taklah.

"Ju duyung, okey?"

Beritahu Juriffa, tak nak disamakan dugong macam Charlie.

"Lah. Awak duyung ke? Ingatkan awak bakal isteri saya."

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now