You got to give it up to me,
I'm screaming mercy, mercy please..."PUAN... Puan buat apa ni? Inikan kerja saya. Saya ingatkan tuan nak makan lambat lagi sebab tuan ada kata hujung minggu buat sarapan lambat sikit. Tadi, saya pun bangun-bangun terus keluar dulu-"
Kelam-kabut Emriel apabila melihat Puan Hayati yang sedang membawa keluar bekas tepung gandum, beberapa biji telur, bekas berisi gula... Ni pasti hendak membuat cucur untuk sarapan pagi. Lagipun memang tiap hari tugas Emriel untuk menyediakan sarapan, manakala lunch dan dinner ialah kerja Kak Siti.
"Hish kamu ni, Emriel... Asyik puan, tuan, puan, tuan... Apa ni...? Kalau Emriel rasa nak panggil aunty dengan uncle pun kitaorang tak kisah.
Tapi kalau Emriel tak kisah, panggil mama dan papa pun tak apa. Kita kan dah macam satu keluarga..."
Lembut sahaja Hayati menjawab sambil meneruskan kerjanya untuk mencari bahan-bahan untuk membuat cucur.
"Puan dan tuan nak makan apa harini? Biar saya aje yang masak. Kerja memasak sarapan, mengemas rumah, semuanya bawah tanggungjawab saya. Itukan perjanjian saya dengan puan dan tuan."
Degil. Panggilan tuan dan puan masih digunakan. Emriel berasa tidak layak pula untuk memanggil wanita dan lelaki itu sebagai aunty uncle atau mama papa.
Sebagai seorang orang gaji sementara, memang panggilan tuan puan itu yang paling sesuai digunakan. Sudahlah dia terhutang budi banyak dengan keluarga ini, kalau tiba-tiba buat ngam, nampak sangat nak ambil kesempatan je.
Dan... Err... Tak sangguplah bermama papa bagai. Nanti tak pasal dia ada foster family member macam Juriffa!
"Bosanlah kalau mama asyik masak untuk lunch dan dinner aje. Itu pun masak dengan Siti. Mama ni perempuan yang tak bekerjaya, jadi mama rasa dapur memang tugas mama.
Kalau dulu, dapur ni memang tempat arwah mak kamu, jangan haraplah mama nak masuk memasak atau tolong dia. Tapi sekarang ni keadaan dah lain. Emriel bagilah chance kat mama untuk memasak pulak, ya?"
Hayati memandang Emriel yang berdiri di sebelahnya menghadap kabinet daput untuk melihat apa yang dilakukannya dan sedia membantu sekiranya dia memerlukan bantuan.
Wajah Emriel yang kosong membuatkan Hayati rasa bersalah. Pasti Emriel teringat kembali kepada arwah ibunya...
"Arwah mak buat macam tu sebab dia tak nak makan gaji buta... Tapi saya tak mampu untuk jadi macam dia yang serba boleh memasak. Saya memang tak berapa pandai memasak bab lauk dan kuah untuk makan dengan nasi ni... Bolehlah... Tapi kuranglah sikit rasa tu. Tapi kalau makanan sarapan ni In shaa Allah boleh."
"Hey... Korang berdua masak apa ni...? Boleh Ju tolong?"
Terkejut Emriel dengan tangan kanan Juriffa yang tiba-tiba sahaja memeluk bahunya. Depan mama dia, dia boleh buat perangai macamni. Segan Emriel dibuatnya.
Spontan Emriel mengalihkan tangan gadis itu dan menjauhkan diri daripada Juriffa yang suka membahasakan dirinya sebagai Ju itu. Macam ngam sangat je.
Ju konon... Ju-on!
"Entahlah... Mama pun tak ada idea nak masak apa untuk sarapan. Kalau habis modal, mama masak cucur telur ajelah. Senang pun senang."
"Tak naklah cucur telur! Ju teringin... Nak makan dorayaki. Boleh buatkan?"
Dengan mata bulat Juriffa memujuk mamanya yang berada dalam pelukannya di sebelah kiri. Mama memusingkan diri berpaling daripada kabinet memandangkan Juriffa tidak mahu cucur telur.
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm