Warning alert: bosan + cakap kosong yang tah apa apa 😅🔫
**********"DIA gemuk tak?"
Soal Juriffa yang semakin ngeri untuk berhadapan dengan penjaga Emriel semasa dia berada di sekolah ni.
"Gemuk... gemuk macam Juriffa."
Jawapan spontan Emriel membuatkan Juriffa juga spontan menampar lengan Emriel bertubi-tubi. Emriel pula hanya tertawa melihat dia sakit hati melepaskan geram.
"Hesy!!! Emriel ni!!!"
"Hey girl! Why did you hit my son?!"
Terbuntang mata Juriffa apabila seorang lelaki bermata biru yang bertubuh lebih sasa daripada Emriel dan berambut brunette tiba-tiba muncul dan menarik Emriel supaya menjauhi Juriffa.
"Dad...! Hahaha chill, she was the one who bring me back! She was my boss!"
Ketawa sakan Emriel melihat Juriffa yang seakan cuak melihat Edmond tiba-tiba melangkah keluar.
"Oh... Sorry, girl... By the way, thanks for bring my son back to me!"
Habis awkward Juriffa hanya mengangguk dan tersenyum paksa. Agak ngeri nak menghadap lelaki yang kelihatan seperti dalam lingkungan umur 30-an itu.
Dad? Huh, tak macam dad pun. Macam abang Emriel je adalah! Muka tak adalah tua sangat, tapi matang dan mempunyai tubuh tegap daripada Emriel.
"Daddyyy..."
"Muhammad Emriel, my one and only son... Alhamdulillah... You come back, Riel."
Emriel masuk ke dalam pelukan besar Edmond dan mereka berpeluk erat. Memang macam jejak kasih anak dengan ayah betul.
Juriffa menggaru belakang kepala. Aduh, awkwardnya... Dia berdiri kat beranda luar tu macam orang asing.
Sebenarnya dia takutlah jugak dengan daddy Emriel yang kononnya garang tu. Tapi... Nampak macam penyayang aje...? Takkan Emriel tipu kot? Hmm.
"I thought you will never come back here again. I didn't expecting you will come back this quick!"
Edmond tersenyum girang setelah pelukan terlerai.
"We come here because she have works and as her maid, I should take care of her. I stopped by your barrack 'cause I miss you, dad."
Masih berseri-seri wajah Emriel dengan senyuman. Tak pernah Juriffa nampak Emriel gembira macam tu sekali. Tak sangka Emriel ni ada perasaan rindu jugak. Ingatkan tak ada perasaan.
"That what we called bodyguard, my son. Not maid."
Perbetul Edmond sambil menumbuk perlahan bahu Emriel dan Emriel tertawa kecil.
"You know, dad... Maid suits me more."
Ha, ini yang Juriffa malas nak dengar. Suka merendah diri sangat si Emriel ni. Emriel tu bukan maid, bukan bodyguard, tapi future. Duh.
"Even the dates and month changes, my son never change. Always be humble and kind."
Juriffa menghalakan pandangan ke arah lain. Alahai. Humble sangat pun payah jugak sampai dah berapa kali reject dia, sebab rasa diri tu miskin sangat, tak layak dengan Juriffa.
Haih. Yang part kind tu, erk. Malas komen.
Juriffa kembali memandang ke arah Emriel dan Edmond tetapi apa yang dia lihat cuma pintu yang sedang tertutup perlahan.
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm