PUNGGUNG dilabuhkan ke birai katil bercadar putih tanpa sebarang cela itu. Pasti pihak hotel menghantar room service memandangkan biliknya terasa seperti pertama kali masuk.
Bersih. Tapi satu aje tak sama.
Kali ini jiwa Emriel tidak tenang macam selalu. Dengusan panjang dilepaskan dan rambut yang jatuh ke dahi diraup supaya kemas kembali.
Tuksedo kelabu yang melekat di tubuh tegapnya ditanggalkan di dilempar ke kerusi yang ada di dalam bilik hotel.
Kemeja merah jambu yang masih kemas dibuka dan dia hanya menyarungkan sehelai baju sejuk warna biru yang diambil dari rumah daddy tempoh hari.
Baju dibetulkan ke tubuh badan. Nafas ditarik dalam-dalam dan dihembus keluar penuh penghayatan.
Hmm... Kenapa Emriel rasa macam something wrong somewhere? Dia paling tak suka perasaan yang tak jelas macamni.
Cara untuk tenangkan diri sekarang cuma keluar dari hotel ni, tengok dunia luar dan cari ketenangan di tengah malam buta ni.
Beg sandang yang juga diambil dari rumah Edmond ditarik dari kepala katil tetapi perbuatannya terbantut memandangkan telefon bilik hotel nyaring berbunyi minta supaya dijawab.
Langkah beralih ke telefon sebelum gagang didekatkan ke telinga.
"Hello?"
"Hello Emriel!"
Gagang dibawa menjauhi telinga beberapa saat apabila tiba-tiba suara nyaring keluar di speaker telefon itu. Boleh pecah eardrum oi!
"Erkkk... Who are you?"
Soalan paling klise Emriel soal memandangkan dia memang tak tahu siapa. Tapi berdasarkan suara seorang gadis dan berbahasa melayu, rasanya dia boleh teka dah siapa...
"Jo ni."
Ringkas jawapan yang diterima dengan wajah berfikir. Suara perempuan, nama Johny?
"Johnny? Erm? Sorry, I don't know anyone with the name Johny."
"Haih... Bukan Johny. Jo. J. O. Jo."
"Oh... Jo mana pulak ni...? Seingat saya tak pernah pulak ada kenalan nama Jo ni? Jo yang mana ya?"
Kepala yang tidak gatal digaru, tanda pemikirannya yang terganggu.
"Jodoh awaklah!"
Senyuman lebar menghiasi bibir Emriel. Dah agak dah...! Tak lain tak bukan, gadis kesayangannya... Joriffa sangat...
"Hai jodoh! Kenapa call saya ni?"
"Hahahaha comelnya! Cuma nak cakap I love you too. Tadi lupa nak reply, terkedu sangat bila awak kata I love you kat Ju. Hehehe."
"Such a cutie..."
Dalam bicara ringkas, ada pujiannya untuk Juriffa. Pujian yang ikhlas dari hati.
"Jumpa kejap lagi nak? Rindulah..."
"Kat mana Juriffa? It's kinda late..."
"Mimpi?"
Emriel mendengus nafas letih. Alahai... Dalam letih pun sempat nak main-main lagi.
"Okay. See you there... Goodnight, have a-"
Tutt, tutt.
Panggilan terputus begitu sahaja dan keningnya mulai bertaut. Juriffa tak nak dengar night wish daripada dia ke? Baru nak rangka ayat sweet...
Gagang diletakkan semula dengan sebuah senyuman. Lantaklah. Asalkan Juriffa dah tahu yang dia sayangkan Juriffa. Tak adalah gadis cantik itu nak menggatal dengan lelaki lain lagi dah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Abang Bibik✔
Novela JuvenilCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm