BAB 56

201 26 21
                                    

Can we,
Can we... Surrender?
I surrender...

SEPERTI dalam tiket penerbangan, Juriffa mendapat tempat bersebelahan Emriel dan yang untungnya tempat Juriffa di sebelah tingkap. Yang tak untungnya, dia terpaksa menghadap kedinginan Emriel selama 24 jam...?

Tapi tanggapan Juriffa sangatlah salah apabila Emriel yang berada di sebelah kanannya tiba-tiba mengambil tangan kanannya.

Terkedu sekejap Juriffa dan dia membiarkan tangannya disaluti kepanasan haba tangan Emriel. Juriffa hanya memerhatikan Emriel yang bermain dengan punat 'crown' di tepi jam tangannya.

"Awak buat apa Emriel?"

"Reset tarikh baliklah ikut Malaysia punya. Nanti gaduh lagi pulak hari apa, sorang kata Ahad sorang kata Isnin... Penatlah gaduh..."

Jawapan Emriel mengukir senyuman Juriffa. Betullah haritu masa sampai pun Emriel dah setkan. Kalau bab masa tiada masalah kerana New York hanya 12 jam lambat daripada Malaysia, namun dikira sehari lambat menjadikan tarikh di jam perlu diset semula.

"We're in good terms ke ni?"

Soalan Juriffa dibiarkan sepi dan Emriel hanya buat-buat sibuk set jam digital di tangannya sendiri pula.

"Awak masih marahkan Ju, kan?"

Juriffa masih tidak berputus asa menyoal walaupun dia tahu perangai Emriel yang suka mengabaikan dia tanpa rasa bersalah.

"Tak terdetik pun kat hati saya ni nak marah atau bencikan awak. I'm just disappointed... Sikit."

Akhirnya Emriel membuka mulut namun dengan nada suara yang rendah. Tapi sudah cukup bagi Juriffa daripada Emriel diam menyepi.

Sekurang-kurangnya ada komunikasi walaupun agak tegang. Kalau Emriel asyik diam, apa pun tak boleh selesai.

"I'm sorry... Sebab pagi tadi Ju tak dapat nak kawal emosi Ju... Dan semalam Ju dah susahkan dan buat awak risau..."

Pernyataan Juriffa buat Emriel mendengus perlahan. Entahlah. Dia tak salahkan Juriffa pun. Tapi ayat Juriffa yang mengatakan dia penyebab gadis itu tertekan dan mencederakan diri sendiri... Buat Emriel merasakan dirinya sangat teruk dan tak layak untuk bersama gadis itu.

"Lain kali, you should consider other people feelings too. Yes, you hurt, you stressed. Tapi itu tak boleh jadi alasan untuk awak sakitkan hati orang lain.

Saya cakap ni bukan sebab hal pagi tadi, tapi untuk bila-bila masa je. You may ruin a lot of good moments just because you're in a bad mood."

Juriffa terdiam sebentar mendengar percakapan Emriel. Dia tahu, memang salah dia kerana cakap ikut suka hati tanpa berfikir. Tangan Emriel diletakkan di bawah telapak tangannya, tetapi tangan itu tetap kaku, tidak menunjuk apa-apa tindak balas positif atau negatif.

"Riel... Bagi Ju peluang kedua. Ju janji, it won't happen again..."

"It's not about peluang kedua... It's about your mental health. Saya tak nak dekat dengan awak kalau saya sering sakitkan perasaan awak. I'm just too toxic for you, isn't it?"

"I'm sorry... It's not. Ju cuma tak boleh nak fikir betul-betul siang tadi dan Ju cuma cakap apa yang dapat puaskan hati Ju."

"So, clearly it means you already keep it in your heart for a long time sampai pagi tadi. You burst everything in your heart..."

Ayat Emriel yang seakan semakin terasa buat Juriffa tersentak. Aduh... Kenapalah apa yang dia cakap harini semuanya salah dan melukakan hati Emriel.

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now