BAB 65

163 18 32
                                    

EMRIEL hanya melihat Emilia yang sedang duduk bersila di meja jepun bucu bilik. Senang betul dia buat kerja sekolah selepas makan malam tadi, langsung tak perlu disuruh atau dipaksa.

Mungkin arwah maknya sudah memberikan didikan yang cukup untuk Emilia sehingga adiknya ini sangatlah mudah dijaga dan tidak pernah menyusahkan siapa-siapa.

Kasihan Emil, dia masih kecil tetapi dah tiada mak abah. Nasib baik Emriel ada. Dan Emriel juga merasakan sedemikian.

Nasib Emilia ada walaupun sebelum dia pulang ke Malaysia dia tak pernah tahu yang dia mempunyai seorang adik. Kalau tiada Emilia, pasti hidupnya lebih bosan dan sunyi di vila tumpangan ini.

"Emil... Macam mana sekolah?"

Emriel menyoal, cuba membina hubungan lebih mesra antara dia dan adik perempuannya.

"Okey je. Selamat, bangunan pun elok, ada banyak komputer-"

"Ishhh... Maksud aku, kau la macam mana. Dekat sekolah kau okey ke? Kawan-kawan semua okey ke?"

Emilia tertawa kecil menyedari kesalahannya menjawab melulu.

"Oh... Emil. Emil okay je. Semuanya okey, seronok ada ramai kawan, cikgu pun baik. Kenapa abang?"

Emilia menyoal kembali, mungkin agak pelik kerana sebelum ini abangnya tidak pernah bertanya dan kisah dengan hari-harinya.

"Oh... Saja tanya... Kat rumah okey? Masa aku tak ada haritu semuanya okey ke?"

"Okey je. Seronok dapat keluar dengan Kak Siti dan Abang Jebat."

Emriel terdiam sekejap mendengar jawapan Emilia yang masih membuat kerja sekolahnya.

Seriuslah Jebat bengis tu?

"Keluar dengan Jebat? Kau tak takut ke?"

"Haah... Tak takutlah bang... Nak takut apa, dia bukan makan orang pun. Dia makan nasi kerabu dengan maggi kari je."

Emilia menjawab berdasarkan apa yang dia nampak Jebat makan tempoh hari dan Emriel cuba menghadam satu-satu.

Wow... Biar betul adiknya dengan Jebat ngam? Sejak bila? Baru tinggal tak sampai seminggu dah macam-macam dah berubah???

"Yeayyy dah siap kerja sekolah...! Boleh tengok KDrama dengan Kak Siti! Yeayyy!"

Amboi bukan main ceria Emilia menutup buku dan segera menyimpan bukunya ke dalam beg sekolah. Badan dipusingkan menghadap abangnya yang sedang duduk di birai katil bujang itu.

"Ooo buat kerja sekolah awal sebab KDrama jelah?"

"Yelah, takkan sebab nak tidur awal kot?"

Aishhh geram betullah Emriel dengan budak kuat menjawab ni. Nasib comel dan adik sendiri jeee...

"Sejak bila pandai tengok KDrama ni?"

"Sejak abang pergi sana, tiap malam kalau Emil tak boleh tidur, Emil pergi bilik Kak Siti tengok dengan Kak Siti."

Emriel hanya mampu mendengus mendengar jawapan Emilia. Apa yang mampu dia jawab balik? Tak ada!

"Malam ni tak payahlah tengok drama, sembang-sembanglah dengan aku. Lama kita tak sembang kan...?"

Emriel turun daripada katil dan duduk bersila di lantai mozek bersama adiknya.

"Kita mana pernah sembang sebelum ni, abang mana nak layan Emil sembang. Hehehe... Nak sembang apa, abang?"

"Tak tahu..."

Emriel menggeleng, kecewa sedikit dengan diri sendiri kerana dia sememangnya agak tidak pandai bersembang seperti orang lain.

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now