BAB 104

74 13 16
                                    

PANTULAN diri pada cermin besar yang terdiri di sudut ruang tamu apartment itu dikagumi sendiri.

Solekan maskara di alis matanya dikemaskan dengan teliti sebelum tersenyum melihat pantulan seorang lelaki yang hanya bersinglet dan berseluar pendek paras lutut itu.

"Abang ada letak makanan frozen sikit dalam air fryer tu untuk Jasz. Kejap lagi kalau dah masak, Jasz makanlah. Abang dah makan tadi.

Thank you sebab datang awal-awal pagi sebab nak check-up on abang. Abang nak bersihkan diri semua dulu okay. Nanti kita gerak pergi seminar sama-sama."

Tutur Aafieq yang baru kembali dari dapur dengan tuala biru terlilit di lehernya.

"Alright... Baju yang abang nak pakai abang dah seterika?"

"Dah. Ungu macam yang Jasz suruh semalam."

Tersenyum lebar Jasreen mendengar jawapan Aafieq sambil memandang pakaian pejabat warna ungu gelap yang membalut tubuhnya.

Jasreen mengenakan sepasang sut pejabat mengikut tubuh beserta skirt warna sama paras lutut cukup untuk menampakkan sisi elegannya.

Dia perlu kelihatan sekufu dengan Aafieq walaupun dia cuma membantu lelaki itu di pejabat pada waktu senggang sahaja.

Aafieq meloloskan diri dalam biliknya meninggalkan Jasreen bersendirian di ruang tamu.

Lega Jasreen melihat perubahan positif pada diri Aafieq yang sudah mampu menguruskan diri sendiri.

Hampir dua minggu dia melihat Aafieq seperti orang hilang akal, dan sekarang Aafieq yang dulu sudah kembali; Aafieq yang kemas, Aaafieq yang rajin bekerja.

Selepas Jasreen menjamah selera dan kembali ke ruang tamu, matanya terpana kepada susuk tubuh Aafieq yang segak bergaya mengenakan kemeja putih dengan kot ungu gelap yang tersangkut di lengannya.

Jasreen segera mencicit berlari mendapatkan lelaki itu untuk mengambil peluang menyarungkan kot itu ke tubuh Aafieq dan Aafieq hanya merelakan sahaja gadis itu membutangkan kotnya.

"Are you ready for today, Jasz?"

Soalan ringkas Aafieq dibalas dengan anggukan laju dan senyuman lebar Jasreen yang berdiri di hadapannya.

"Wahhh... Segaknya abang. Suka Jasz tengok abang dah kembali ke diri abang yang dulu.

Macamnilah, kemas, segak, wangi, barulah orang yang nak berurusan dengan abang pun rasa yakin dengan abang.

For your information, Jasz cek senarai kehadiran harini kat seminar tu ada Jebat tau. You must look good. Looking good is half of the battle.

Biar dia tengok abang happy macamni, baru dia tahu yang abang tak terkesan pun kehilangan adik dia si Juriffa tu.

Kalaulah family diorang tahu abang asyik meratapi je perempuan tu, mesti diorang ketawa je kat abang..."

Segala ujaran Jasreen yang panjang lebar itu hanya dibalas dengan senyuman dan Aafieq hanya memandang mata bundar perang gelap itu dalam-dalam.

Tak ada apa pun yang hendak dia perkatakan, tambah-tambah isu Jebat.

Ingat Jebat kisah ke walaupun Aafieq gila atau berjaya sekalipun?

Lelaki itu hanya sayangkan diri dia sendiri je.

"Ni dark eye ni kenapa? Abang tidur lewat? Kan semua file-file untuk abang Jasz yang sediakan?

Jasz suruh abang rehat kan tidur awal? Today's is an important seminar."

Jasreen menegur lembut, terperasankan lingkaran hitam di bawah mata lelaki itu.

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now