HARI yang ditunggu-tunggu akhirnya kunjung tiba. Suasana bahagian bawah vila yang mula meriah dengan sanak saudara dan kawan sekelas di kolej Juriffa.
Tetapi sepertinya suasana kurang lengkap tanpa kehadiran sahabat baik sendiri, Jasreen.
Jasreen sahabat baiknya, dan sahabat lama Emriel kot, tetapi sejak semalam wajah gadis itu tidak muncul.
Berus blusher dioleskan ke kedua-dua belah pipi gebunya untuk menaikkan lagi seri wajahnya.
Debu merah jambu lembut yang melekat di pipinya memaniskan lagi wajah yang sedia cantik itu. Kan bagus, kalau ada Juweeta...
Mesti Juweeta sedang berada di sisinya pada detik ini. Sudahlah dia menghiaskan diri berseorangan, sendu betul keadaan biliknya.
Mama memang dah tak nak bercakap dengannya, papa sibuk dengan saudara, Jebat sibuk dengan Izzahnya, Kak Siti dengan kemas rumahnya...
Emil biasalah masa inilah dia nak buat banyak kawan dan bermain.
iPhone 5S yang terletak di meja solek diambil dan skrin disentuh mencari nama Emriel. Lagi senang call daripada mesej.
Mesti Emriel sedang sibuk menguruskan dirinya sendiri di biliknya. Namun panggilan tidak diangkat. Berkali-kali juga nombor yang sama didail tetapi masih tidak berjawab.
Seperti biasa, mindanya mula membuat pelbagai teori yang mungkin terjadi.
"Cantiknyaaa Juuu..."
Izzah yang muncul di pintu yang sedia terbuka terus memuji dan menggamit perhatian Juriffa yang sudah melayan perasaan sejak tadi.
"Tengoklah adik siapaaa... Dari siapa lagi nak turun kesempurnaan wajah saya kalau bukan kat adik sayaaa..."
Juriffa menjuih bibir setelah Jebat pula datang menyibuk di pintu sebelum mereka berdua melangkah masuk ke kamarnya yang pertama kali sangat kemas itu.
Itu pun kemas sebab Kak Siti dan Emriel menolongnya. Semua bekas telur ayam yang dipasang dulu pun telah dibuang sepenuhnya.
"Jebat... Kau gi bilik Riel kejap... Boleh? Aku call dia tak angkat. Kau gi tolong jap dia, in case dia perlukan apa-apa..."
Belum sempat Jebat menghampirinya, Juriffa sudah memberi arahan dan terus wajah yang tadinya ceria beransur geram.
"Apa? Kau ingat aku bibik kau ke? Dahlah aku baru balik dari ambil kek tunang kau, ni nak tengok tunang kau pulak. Ewahhh..."
"Okeylah kalau kau tak nak tolong, kak Izzah... Tolong pergi bilik Emriel-"
"Ehhh takyah-takyah. Ijjah stay sini, abang Jebat turun bawah."
Tak sampai beberapa saat, Jebat sudah meninggalkan bilik untuk turun ke bawah. Izzah hanya mampu menggeleng dan tersenyum dengan perangai comel Jebat.
"Kak Izzah... Muka Ju okey ke?"
Tanpa menilik wajah Juriffa, Izzah sudah tersenyum manis melihat kecantikan gadis itu. Cantik sangat melihat Juriffa berpakaian dress putih penuh lace putih berfesyen mermaid itu.
Anggun dan kelihatan sopan walaupun gaun itu tidaklah longgar mana. Rambut Juriffa yang telah didandan sendiri gaya French Braid itu diusap perlahan.
Bilalah dia dapat berasa hari bahagia macam ni kan...
"You deserve more than okay... You look pretty georgous..."
Jawapan tulus ikhlas Izzah sedikit sebanyak menyentuh hati Juriffa dan segera dia menarik gadis itu ke dalam pelukannya.
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm