BAB 75

161 21 140
                                    

NAFAS lega dilepaskan Emriel, cukup panjang dan menenangkan. Lega rasanya setelah menyerahkan duit berjumlah RM50,000 kepada Juriffa siang tadi.

Nasiblah Juriffa tak tanya banyak dan terus transfer duit tersebut kepada Aafieq semula memandangkan Juriffa sendiri tidak mahu terhutang budi dengan Aafieq lagi.

Tapi... Bukan semua hal yang mengganggu fikirannya pergi. Ayat Joe masih bermain di gegendang telinga. Tipulah kalau Emriel tidak mahu mengetahui kebenaran.

Tetapi dia tidak mampu untuk membongkarkannya sendirian. Nak berkompromi dengan Joe Piranha... Dia rasa kurang percaya pada Joe...

Nak ajak Juriffa... Macam gila pulak kalau dia tiba-tiba tuduh ada pembunuh dalam keluarga Juriffa...

Emilia yang sedang bertelekung di atas sejadah dipandang lama. Tenang betul dia melihat anak kecil itu membaca Al-Quran selepas mereka bersama-sama solat Maghrib tadi walaupun dia agak kekok setelah agak lama meninggalkan solat.

Nasiblah dulu semasa di US dia dibesarkan oleh orang Islam seperti daddy Edmond, kalau tak, tak tahulah agaknya sampai sekarang tak pandai solat.

Emriel turun daripada katil dan bersila betul-betul di hadapan Emilia yang masih mengalunkan bacaan Al-Quran yang diletakkan di papan rehalnya.

Emil yang masih bertelekung menghentikan bacaan dan mula memandang abangnya yang seperti ingin mengatakan sesuatu,

"Ya?"

"Emilll... Ajar aku baca Quran boleh...? Aku teringin la... Tapi tak reti."

Ucap Emriel dengan sengihan malu nak taruk muka kat mana. Dah 24 tahun tetapi dia sendiri tidak mampu membimbing Emilia.

"Dah tak reti tu yakinnya berangan nak baca Quran terus pulak... Baca Iqra' dulu laaa."

Amboi dia punya jawapan, sentap betul Emriel dibuatnya.

"Garangnya kau ni pun..."

"Yelah. Ustazah Emil cakap kena jadi garang, baru cepat pandai. Ustazah Emil cakap lagi kan, dia kata kalau zaman dulu-dulu nak bagi anak murid cepat pandai baca Quran, guru kena guna rotan."

"Pastu kau nak rotan aku?"

Wajah abangnya yang serius dipandang seketika. Alah, tak jadilah nak bergurau pun!

"Hehehe... Taklaaa Emil nak cerita je... "

"Okey... Baik ustazah Nur Emilia. Esok lepas Maghrib saya nak join kelas mengaji ustazah ye..."

Ujar Emriel dan Emilia tersengih sinis.

"Emil punya yuran mengaji kat sekolah RM25 tau untuk sebulan."

"Pastu kau nak aku bayar kat kaulah ni?"

Wajah Emriel dipandang sekali lagi dan riak ketegangan wajah itu membatalkan niatnya untuk bergurau lagi.

"Taklaaa... Emil nak cerita je... Hehe..."

"Yeeelaaahhh nanti aku belanja la kau apa-apa."

Ayat yang dituturkan Emriel membuatkan anak kecil itu tersenyum seronok.

Memang itu pun yang dia nak tapi tak berani nak cakap apa kerana abangnya yang kadang-kadang boleh ngam, kadang-kadang tak boleh bawak bergurau.

Tapi kalau diikutkan berubah, memang sudah banyak abangnya berubah daripada sikap dinginnya dahulu.

Paling penting, abangnya dah pandai senyum. Kalau dulu dia hampir ingatkan abangnya ada penyakit tak boleh senyum sejak lahir.

Abangnya yang tersenyum sambil membetulkan rambutnya sendiri itu dipandang, namun tiba-tiba sahaja sesuatu menggamit pandangannya.

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now