DARI kejauhan Juriffa mengintai di pintu bilik Jebat yang terkuak sedikit.
Bahagia betul dari tadi asyik gelak sorang-sorang dengan telefon di tangan. Berseri betul wajah Jebat bila videocall dengan kesayangannya.
Entah bilalah Juriffa dapat bergembira macam tu lagi selepas apa yang telah berlaku...
"Sweet laaa Jebattt... Cute sangat surprise box tu. Macam mana awak tahu saya suka coklat?"
Suara Izzah daripada loudspeaker videocall kedengaran jelas dari pintu.
Mesti Izzah tengah unboxing surprise box yang diberikan oleh Jebat itu. Juriffa punya coklat dah habis separuh sebab makan masa stress tadi.
"Izzah... Awak nak dengar satu fakta takkk... 9 daripada 10 orang dalam dunia ni sukakan coklat... Dan orang ke-10 tu... Suka menipu."
Juriffa tersenyum sedikit mendengar jawapan selamba Jebat dan begitu juga Izzah yang ketawa mengekek di talian.
"Nobody hates chocolates, Ijjah."
"Tapi en Jebat... Coklat ni kelemahan saya tau..."
"Haaa? Awak alergik coklat ke?"
"Taklaaa... Maksud saya coklat ni kelemahan saya... Tapi tu dululaaa... Sekarang, awaklaaa kelemahan saya..."
Kata-kata Izzah menyebabkan tawa Jebat meletus kemudian bantal di katilnya sudah ditumbuk-tumbuk kegembiraan.
Juriffa hanya mampu menjeling ke atas penuh meluat sebelum mengetuk pintu bilik untuk mengacau daun.
Tokk! Tokk!
"Jebat..."
Mendengar suara mendatar Juriffa, Jebat terus mengalih perhatian daripada telefon kepada Juriffa yang sudah masuk ke dalam biliknya.
"Ya?"
"Siapa tu?"
"Hahaha awak ni comella cemburu... Tu suara Juriffa lah. Bukan perempuan lain. Nanti kita sambung okey, saya nak bagi perhatian kat orang single tersakiti ni jap."
"Auuu auuu auuuuuu sakit bodoh!!!"
Puas hati Juriffa setelah mencubit lelaki itu sepuas-puasnya dengan hujung kuku. Tak guna betul, kuat menganjing.
Inikah karma untuk Juriffa yang selalu kata Jebat single. Huhuk.
"Kau kenapaaa datang bilik aku? Seingat aku kau selalu datang bilik aku setahun sekali je... Tu pun bila nak curi sweater aku..."
Wajah Juriffa yang sedang duduk menyandar di headboard katilnya dipandang seketika.
Jebat tahu emosi gadis itu masih belum stabil berdasarkan wajah mendungnya. Sudah terpampang jelas wajah gadis itu sedikit bengkak dan matanya bersisa tangis.
Tapi apa dia boleh buat...
"Nak tidur sinilah. Bilik aku panas..."
"Eleh... Cakap jela kau memang nak rapat-rapat dengan aku."
"Hotak kau... Kau yang rembat air conditioner portable aku, pastu seronok tidur sejuk gedik sorang-sorang mengerekot macam udang dalam peti ais... Pastu aku macam ikan masin kat bilik punya panas..."
Sekali Juriffa menyembur, Jebat terdiam seketika sebelum tawa kecilnya meletus.
Memangpun dia curi aircond portable Juriffa. Dulunya setiap bilik pasang aircond, cuma sudah rosak. Tambahan keadaan bilik yang besar membuatkan sejuknya tidak dirasai sampai tahap maksimum.
Jadi terpaksalah berebut aircond Juriffa yang dibelikan oleh papa.
"Hehehe yelaaa nanti aku ganti balik. Aku taklehlah tidur kalau tak ada aircond. Sebab aku kan hot... Kau tak apalah tak hot.
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm