hi gais ni epilog untuk emriel & juriffa. harap enjoy. yang single tak digalakkan membaca walaupun author pun single hohoho.
⚠️TW: sweet, kiss
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️Dua tahun kemudian...
DAPUR apartment pada pagi itu cukup harum dengan bauan pastri yang semerbak apabila sudah beberapa jenis muffin telah dibakar oleh Emriel pada pagi itu.
Maklumlah, rezeki sejak berkahwin dengan Juriffa, Zafril memintanya untuk menyediakan makanan kek dan pastri untuk diletakkan di ruangan bakeri dalam Z's Cafe.
Inilah rutinnya setiap pagi tanpa cuti, sebelum anak kecilnya, Baby Jamie bangun.
Kalau bunyi Jamie teriak, itu seperti menandakan penukaran shift untuk Emriel daripada menjadi bakers kepada babysitter.
Jam di dinding sudah hampir menginjak jam 11 pagi dan semua tempahan perlu dihantar sebelum pukul 3 petang, sesuai dengan waktu minum petang rakyat Malaysia.
Baby Jamie masih belum bangun, pasti kerana Juriffa sama naik tidur di sebelah anak kecil berumur setahun itu kerana Juriffa akan bercuti pada hujung minggu.
Selagi punggung Baby Jamie ditepuk dan botol susu sentiasa tersumbat, maknanya makin lambatlah anak kecil itu jaga daripada lenanya.
"Huaaaargh....... Suami Ju tengah buat apa tuuuuu..."
Suara serak baru bangun Juriffa yang muncul di dapur mengukir senyuman di wajah Emriel.
"Ehhh... Sayang dah bangun...?"
Soal Emriel bodoh, sedangkan Juriffa sedang menguap dan menggeliat panjang sebelum gadis itu menyelit di celah ketiaknya sambil memeluk pinggang Emriel.
"Biy buat apa tuuu..."
Juriffa turut menyoal soalan bodoh, sedangkan jelas-jelas Emriel sedang mencampurkan adunan menggunakan mixer untuk menyediakan kek gulung strawberry chocolate yang sangat laris di Z's Cafe.
"Tak nampak ke tengah sapu sampah?"
Emriel memerli mesra.
"Nak tolong sapu sampah boleh?"
"Nakal eh?"
Emriel cuba menggeletek titik kelemahan Juriffa iaitu pinggangnya namun gadis itu lebih cepat mengelak dengan meloloskan diri daripada dikepit di bawah ketiak suaminya.
"Hahaha tak kena... Tapi betullah, tengah sapu sampah kan ni? Ke bukan? Alahai nampaknya cinta ini dah membutakan Ju..."
Kali ini hanya hidung gadis itu dicuit manja dengan jari sebelum mesin mixer dimatikan apabila adunannya semua sudah sebati.
"Ada apa-apa yang Ju boleh tolong?"
Soalan Juriffa buat Emriel mencebik.
Kuat menipu je Juriffa. Tak pernahnya dia bantu Emriel. Bantu menganggu lagi adalah.
Tetapi Emriel tidak menyalahkan Juriffa sama sekali.
Cukuplah gadis itu kuat bekerja setiap hari minggu menguruskan hotel.
Kadang-kadang hari hujung minggu pun dia diganggu dengan tugasnya namun kisah apa Juriffa. Kan hotel bapak aku.
"Tolong bagi moral support jelah."
Seraya Emriel menuturkan itu, terus Juriffa memanjat belakang tubuh Emriel dan memaut kuat leher lelaki itu.
Emriel yang sedikit tercekik itu membantu isterinya membetulkan kedudukan supaya gadis itu betul-betul selesa di belakangnya.
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm