BAB 96

75 15 54
                                    

thank you gais for the votes. kena wina bebel ek baru korang nak vote. biaaasssaaaa neh.

baik votes bab ni cepat. nak demand nak 8 votes for next chap!

kalau dah votes jom jenguk alan yang dah berubah siket :(
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

"GILA ke gila sangat-sangat kau ni Alan?"

Rungut Akmal yang sedang mengutip baju-baju hapak, seluar dan segala pakaian dalam luar Alan dan dilemparkan ke bakul baju kotor di bilik lelaki itu.

Hampir terjatuh rahangnya apabila melangkah masuk ke bilik Alan tadi, macam sarang tikus!

Bukan dia sengaja buat lawatan sosial ke vila lelaki itu, tetapi sejak Juriffa masuk ke hospital tempoh hari, Alan pun sama menghilang daripada kolej dan tak dapat dihubungi.

"Apa teruk sangat kau ni Alan... Kau makan tak ni? Parents kau still kat oversea kan? Pastu kau makan apa selama ni? Takde pun call aku ajak keluar makan macam selalu..."

Akmal menyoal penuh prihatin. Melihat Alan yang terbaring malas sambil diselimuti comforter tebal di tengah hari itu sudah merimaskan matanya.

Alan masih menyepi, mamai agaknya dan Akmal meneruskan misi mengemas bilik sahabatnya itu.

"Okey, tak payahlah jawab. Obviously, kau dah makan."

Tutur Akmal dengan jelingan khas kepada Alan sambil mengangkat beberapa cawan mi segera yang masih bersisa kuah lama, dengan beberapa tangkai epal warna perang yang sudah mereput.

Terbatuk-batuk Akmal menguruskan sisa makanan yang merata-rata itu tetapi Alan pula masih menggeliat malas dan menguap di katil.

Sepatutnya rumah sebesar vila Alan ini ada orang gaji, tetapi disebabkan mereka keluarga kecil, ibu bapa Alan merasakan tidak perlu untuk mengupah sesiapa.

Tapi tengoklah siapa jadi mangsa untuk buat kerja kebajikan sekarang?

Seusai sahaja menjadikan bilik Alan seperti sebuah bilik tidur, Akmal segera mengambil tempat di birai katil lelaki itu dan membantu Alan bersandar di kepala katilnya.

Dahi Alan dilekapkan dengan belakang telapak tangan.

"Tak demam pun."

"Siapa kata aku demam..."

Tangan Akmal segera ditepis lemah sebelum memisat matanya yang masih terasa berat.

"Ni kalau tak demam, mesti dah sewel ni."

Ayat Akmal buat Alan mengeluh sebelum menolak ke tepi comforter yang menutupi tubuhnya dan duduk di birai katil di sebelah Akmal.

Tetapi apa yang memelikkan Akmal, Alan tetap diam merenung lantai.

Sekurang-kurangnya ceritalah sesuatu???

"Alan... Kau okey tak ni? Kau tak nak pergi melawat Juriffa ke? Dah berapa hari kau macamni... Mula-mula aku ingat kau sedih sebab Juriffa sakit...

Tapi sekarang aku yakin bukan sebab tu... Kau ni kenapa sebenarnya? Gaya macam orang putus cinta, tapi buah hati kau sihat je hidup kat hospital tu...

Haritu masa Ju tunang pun takda pulak kau frust menonggeng camni... Kau kenapa ni... Overdose ketum ke..."

Baru Akmal hendak mencungkil perasaan lelaki itu, terus tubuhnya ditarik ke dalam pelukan pemuda itu.

Mula-mula mahu sahaja dia menjauhkan diri akibat keadaan Alan yang sangat tidak terurus dan hapak, tetapi akhirnya dia merelakan sahaja apabila terperasankan Alan yang seperti mencari sumber kekuatan itu.

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now