BAB 11

1.5K 140 58
                                    

I'm in trouble,
But I'd love to be in trouble with you...

"SERONOKLAH tu dapat apa yang kau nak?"

Perli Emriel kepada Emilia yang memegang cat carrier warna merah jambu sebaik sahaja melangkah keluar daripada pet shop itu.

Emriel membiarkan sahaja Juriffa membelanja Emilia kali ini walaupun harga kucing itu mencecah angka ribu.

Kalau nak tunggu dia belikan, memang dia takkan dapat belikan untuk Emilia sampai bila-bila. Alang-alang Juriffa hendak belanja, biarkan ajelah... Walaupun adalah rasa terhutang tu.

"Puth... Tengok abang tu... Dia macam tak puas hati dengan kitalah."

"Puth? Nama dia Puth? Seriously?"

Emriel bertanya dengan wajah yang hampir ketawa. Memang tak ada nama lain dah ke Juriffa oi?

"Akak Juriffa kata nama dia Puth."

"Whateverlah... Tapi... Kucing ni... Orang bagi, kau jaga baik-baik eh. Kalau kau tak jaga baik-baik. Kucing ni, kau, sekali dengan kakak Juriffa kau tu aku sembelih buat lauk."

Pesan Emriel sambil menunjukkan satu per satu makhluk yang disebutnya kecuali Juriffa.

Ha... Cakap pasal Juriffa... Mana Juriffa?

"Kejap... Mana Juriffa?"

Soal Emriel kepada Emilia yang sedang kusyuk melihat kucing yang dibayar oleh Juriffa tadi. Seekor kucing exotic yang berwarna kelabu campur putih dan berbulu pendek.

"Entah... Tadi lepas akak bayar kucing ni, terus akak hilang."

*****

"KAU ni... Dapat kucing terus kau tinggalkan dia... Takkan kau tak tahu kot dia pergi mana? Bukan tadi kau asyik berkepit dengan dia ke?"

"A-A-Aku tak tahu..."

Ada air jernih yang mengalir di pipi mulus itu.

Terlalu takut apabila tiba-tiba sahaja ada beberapa orang lelaki menariknya dan mengacukan pisau dan pistol tepat ke arahnya selepas dia membayar kucing tadi.

Seorang lelaki ada memanggilnya tadi. Dia sendiri ingatkan lelaki itu hendak bertanya sesuatu tentang kucing atau makanan kucing di situ.

Tetapi dia pula ditarik keluar daripada kedai haiwan itu melalui pintu belakang sebelum sempat menjerit nama Emriel kerana mulutnya diterkup kasar.

"Aku tanya sekali lagi... Betul atau tak lelaki tadi tu... Emriel? Muhammad Emriel Bin Muhammad Razak?"

"Aku tak tahu...! Sumpah aku tak tahu...!"

Balas Juriffa tanpa teragak-agak.

Dia takkan biarkan nyawa Emriel menjadi taruhan. Dan satu lagi... Dia sendiri bukannya tahu nama bapa Emriel.

Kalau dia mengiakan penjahat itu, buatnya silap orang, tak pasal Emriel bibiknya yang berada dalam bahaya. Juriffa tidak mahu hal sebegitu terjadi!

"Kau jangan nak menipu. Kalau itu bukan Emriel... Siapa lelaki tadi tu?"

"Jebat... Nama dia Jebat Naufal..."

Spontan nama Jebat yang terkeluar untuk menyelamatkan identiti Emriel.

Dalam tangisan yang teresak-esak, Juriffa masih bersuara. Dia menangis bukan sebab lembik tetapi sebab terlalu takut dengan pistol dan pisau yang diacukan tepat ke arahnya.

Cukuplah kalau satu senjata yang bertindak, pasti nyawanya akan melayang!

"Kalau kau menipu aku... Nahas kau aku kerjakan... Lepas tu, siapa Emriel? Aku tahu Emriel ada dekat dengan kau."

"Aku tak tahulah...! Tapi lelaki tadi tu memang Jebat! Nama dia Jebat Naufal!"

Juriffa cuba meyakinkan ketiga-tiga orang lelaki yang mengelilinginya itu dengan menyebut nama penuh Jebat.

Lantaklah kalau lepas ni diorang nak cari Jebat pula, asalkan tak ganggu Emriel kesayangannya!

"Lebih baik kau tunjuk kat aku yang mana satu Emriel sebelum..."

Lelaki itu memberi amaran keras dengan meletakkan pisau rambo di tangannya ke bahu kanan Juriffa.

"Aku potong seluruh tangan kau! Biar padan muka kau tak boleh usap kucing seumur hidup!"

Gulp! Juriffa menelan liur dengan perasaan yang amat gerun apabila pisau tersebut mula dibenamkan sedikit ke kulitnya.

Dia berasa untuk menjerit nama Emriel tetapi bimbang identiti Emriel terbongkar, nak jerit tolong, tiada orang.

Jika sedikit sahaja dia menjerit pasti dia dibunuh!

"T-T-Tolong lepaskan aku... A-Aku tak bersalah."

"Janji kau akan tunjuk kat aku siapa Emriel dulu!"

Dush!!! Tumbukan padu yang mengenai kepala seorang lelaki turut mengelilingi Juriffa. Kedua lelaki lagi turut terkejut dengan apa yang tiba-tiba mengenai kawan mereka.

Automatik pisau yang dibenamkan ke bahu Juriffa tercabut dan darah mula mengalir dari luka tersebut.

"Tangkap dia!"

Suruh lelaki yang mempunyai pisau di tangan itu. Salah seorang yang cuba menangkap Emriel tetapi Emriel lebih pandai mengagak dan mengumpul segala tenaga untuk melawan lelaki itu.

Bukkk!!! Memang tepat tendangan Emriel mengenai wajah itu membuatkan lelaki itu terdorong ke belakang dan memegang mukanya.

Memang sedap ooo kena penendang kat muka!

"Kau lari dululah!"

Sempat lagi Emriel menoleh untuk memesan kepada Juriffa yang berada tidak jauh di belakangnya. Namun terasa sia-sia apabila gadis itu menggeleng tidak mahu meninggalkan dia.

Hish dia ni!!! Ni bukannya masa nak acah-acah sweet tak nak tinggalkan hero!!!

"Emriel!!! Your back!!!"

Dushhh!!! Kali ini Emriel pula tersungkur ke jalan tar yang cukup keras dan bergerutu menyebabkan automatik tubuhnya berasa lemah.

Dia lupa tentang lelaki yang masih belum merasai tumbukannya itu! Sudah tentulah lelaki itu yang paling kuat buat masa itu!

"Arghhhhhh..."

Sedaya upaya Emriel cuba bangun daripada jalan tar namun terasa badannya sudah disepak-sepak oleh lelaki-lelaki yang sudah bangun tadi.

Pedih, perit dan hanya dapat mendengar suara Juriffa berteriakkan kuat.

Kuat Juriffa menjerit meminta tolong cuba menakutkan tiga penjahat itu dan ternyata dia berjaya apabila mereka bertiga bertempiaran lari tanpa menoleh ke belakang.

"R-R-Riel..."

Walaupun tangannya sudah terasa bisa luka akibat ditoreh tadi, Juriffa cuba menguatkan diri menapak ke arah Emriel yang sudah tersungkur lemah di jalan. Dengan lutut yang sedia lembik, tiba-tiba sahaja dia jatuh terduduk di sebelah Emriel. Dengan tangan yang terketar-ketar, rambut pemuda yang masih kaku itu disentuh penuh risau. Terlalu risau sekiranya apa-apa terjadi pada bibik kesayangannya itu.

"R-R-Riellllll.......... Bangun............"

"Akuuu... Okeyyy..."

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Do vote and comments tau! ❤

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now