MATA Juriffa hanya tertancap kepada televisyen kecil bilik hospital yang tergantung di dinding.
Baru hari kedua dia disitu tetapi matanya dah naik juling menonton televisyen. Sudahlah tak boleh tengok KDrama, mampu tengok berita dengan cerita-cerita lain je.
Emriel pula sejak pagi tadi menguruskan dirinya kemudian terus keluar berjumpa dengan doktor berkenaan keputusan x-tray Juriffa.
Jam di dinding dilihat sekilas. Dah pukul 1 petang. Waktu melawat macamni, tak ada siapa ke nak datang melawat dirinya, bawa hadiah ke, makanan sedap ke... Alan ke...
"Juuuuuuu!!!"
Pintu bilik wad yang ditunggu-tunggu untuk dibuka akhirnya terbuka, tetapi automatik Juriffa mengeluh kuat dengan anak matanya yang sudah ke atas apabila ekpektasinya meleset jauh daripada pengharapannya.
Hmm... Datang dah beruk makye sekor ni.
Tidak semena-mena, tubuhnya dirangkul lelaki itu dengan ketat membuatkan Juriffa berusaha untuk melepaskan diri daripada pelukan Jebat itu.
"Sakitlah syaitannn!!!"
"Jebattt, apa buat Ju macam tuuu... Awak niii, kang patah tengkuk diaaa..."
Izzah yang baru memasuki bilik wad dengan segera menegur meleraikan pelukan Jebat yang menyiksakan itu.
Juriffa hanya menjeling geram melihat abangnya yang tertawa sinis itu. Kalaulah tengkuknya tak terkehel dan kakinya tak tersadai macamni, memang dah lama Jebat makan kaki!
"Maaf, maaf... Saya ni memang seorang abang penyayang yang sayangkan adik... Rindu pulak lama tak tengok. Abang minta maaf ehhh adikku..."
Tersipu-sipu Jebat meminta maaf menimbulkan jelingan maut Juriffa lagi. Manusia paling hipokrit betul! Depan Kak Izzah, kemain bahasakan diri abang!
"Ni, kitorang ada bawak buah untuk Ju. Kak Izzah kupaskan eh..."
"Pisau ada dalam laci sana Kak Izzah..."
Plastik buah diletakkan di meja di hujung kaki Juriffa dan Izzah mengambil pisau di laci yang dikatakan Juriffa.
Terus kulit buah dikupas dan buah dipotong kecil-kecil sambil melihat dua beradik itu.
"Ni, aku ada bawa bunga sikit."
Sejambak bunga oxeye daisy yang diselitkan di belakang seluar Jebat dikeluarkan dah dihalakan kepada Juriffa.
Walaupun Juriffa tidak dapat berpaling sepenuhnya akibat collar case di lehernya, wajahnya yang tadinya menyampah terus bertukar ceria.
"Awwww...... So sweettttt...... Daisyyy aaaaa cantiknyaaaaa......"
Jambakan bunga yang dibalut dengan kertas minyak itu cuba diambil tetapi...
"For my Ijjah."
Laju sahaja jambakan bunga beralih arah daripada Juriffa terus ke Izzah membuatkan wanita yang sedang memotong buah itu terpempan seketika.
Auto murung Juriffa dengan tindakan Jebat. Tak guna Jebat!!!
"Jebaaatttt...... Awak niii..."
Tersengih lebar Jebat melihat Izzah yang malu-malu dengan tindakannya tanpa menghiraukan Juriffa yang sudah memandangnya dengan pandangan maut.
Tetapi Izzah menggeleng, tidak menyambut jambakan bunga tersebut.
"Jebat... Tak baiklah... Tu Juriffa punya kan..."
Dengan senyuman manis, Izzah menasihati membuatkan usikan Jebat terbantut dan jambakan bunga diletakkan di atas perut Juriffa.
Tidak faham Juriffa dengan pasangan itu. Lembut sahaja Izzah bercakap, tetapi Jebat mendengar.
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm