BAB 90

87 13 10
                                    

"KAK Ju okey? Kak Ju sakit ke?"

Soal Emilia setelah melihat Juriffa yang terbaring di katil wad seperti serba tidak kena. Bergerak ke kiri, ke kanan, tetapi jelas kelihatan gadis itu seperti tidak selesa.

Risau juga Emilia memandangnya hanya tinggal dirinya dan Juriffa sahaja di bilik wad itu. Jebat dan Izzah sudah pulang dan Emriel masih belum kembali dari berjumpa doktor.

"Tahlah Emil... Sengal-sengal je pinggang kakak ni... Emil tolong urutkan sikit-sikit boleh?"

"Boleh."

Pantas Emilia bergerak daripada sofa dan mengambil duduk di kerusi sebelah katil Juriffa. Jari jemari kecil itu terus mengurut pinggang Juriffa yang terasa sengal itu.

Terasa seperti tulang pinggang berubah posisi dah. Walaupun sentuhan jemari kecil Emilia tak terasa, sedikit sebanyak Juriffa rasa selesa.

"Kakak... Emil nak cakap sikit boleh..."

"Boleh Emil. Emil janganlah formal sangat dengan kakak. Kakak tak marahkan Emil pun, kakak marahkan abang Emil je."

Terang Juriffa, tak mahu Emilia berasa janggal dengan dirinya kerana Juriffa terperasankan yang Emilia hanya mendiamkan diri sejak masuk ke bilik wadnya.

"Emil tahu kakak sedih dengan apa yang abang dah buat... Tapi... Kakak kena tahu, bukan kakak seorang je sedih... Abang pun sedih... Emil tak pernah tengok abang sesedih ni..."

Lirih sekali suara budak kecil berambut pendek itu. Seperti nak tak nak sahaja bercakap.

Tetapi Juriffa sedia memasang telinga dan percaya. Kerana budak-budak jarang menipu.

"Abang menangis ke?"

Inilah masanya Juriffa nak mengorek rahsia tentang perasaan Emriel terhadapnya. Hihihi.

"Takde satu malam pun abang tak nangis lepas kak Ju marah abang tu..."

Fuhhh. Walaupun itu berita sedih, cukup buat Juriffa tersenyum sinis.

Rupa-rupanya bukan dia seoranglah yang sedih bagai nak rak? Emriel pun sedih? Maksudnya betullah apa yang diperkatakan Jebat? Yang Emriel pun tak nak semua ni berlaku tetapi dia terpaksa?

"Teruk ke dia nangis?"

"Teruk jugaklah sampai haritu kak Siti ketuk pintu bilik sebab ingat Emil buli abang sampai abang nangis teruk..."

Sekali lagi Juriffa tersenyum puas dengan jawapan Emilia. Rasa nak tergelak pun ada. Tetapi itulah, luka yang berparut di hatinya masih ada.

Mendengar tuturan Emilia, Juriffa dapat mengagak semua yang berlaku hanyalah salah faham dan bukan salah Emriel sepenuhnya.

Tetapi Juriffa juga yakin yang pasti ada sesuatu yang disembunyikan pemuda itu daripada pengetahuannya. Itu yang buat Juriffa nak naik hangin tu.

"Emil demolah sikit abang Emriel menangis macam mana... Kalau kakak rasa kasihan, kakak maafkan abang Emriel dan takkan marah-marah lagi dah."

"Betul ke kak Ju?"

Kelihatan seperti Emilia berminat dengan tawaran Juriffa dan Juriffa segera mengangguk.

Tak sabar betul rasanya Juriffa nak tengok perangai sebenar Emriel yang dia tidak tahu. Tak sangka pula Emriel ni cengeng rupanya.

Emilia yang tiba-tiba diam membisu dan menundukkan pandangannya dipandang lama.

Takut pula Juriffa melihat, macam nak kena sampuk pun ada. Kemudian, cebikan di bibir anak kecil itu dan akhirnya...

"HUWAAAAAAAAA!!!"

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now