Now don't you worry,
It won't be long, darling..."J-JU... T-Tikam... Aafieq..."
Sebaik sahaja tiga perkataan itu diungkapkan, terus Emriel membiarkan Juriffa masuk ke pelukannya. Rasanya dia tak perlu tanya lebih-lebih dengan keadaan Juriffa yang kelihatan sedikit trauma.
Tapi yang pasti, Juriffa takkan buat benda macam tu kalau tak ada sebab!
Mesti Aafieq yang cari pasal dulu. Mesti!
"Riel, Ju nak balik Malaysia. Awak ikut Ju, ya? Please? Jom ikut Ju balik please??? Sekarang ya???"
"Ju..."
Rambut panjang dan sedikit ikal milik Juriffa yang agak serabut dibetulkan Emriel. Ajakan Juriffa ditolak selembut mungkin dengan gelengan.
Juriffa masih tak okey. Panik. Nampak sangat Juriffa tak fikir panjang dan terus buat keputusan melulu.
"Tolonglah Emriel! Ju merayu sangat kat awak! J-Ju takut... Ju tak nak duduk sini lagi dah..."
Tangan Emriel digenggam kuat oleh Juriffa yang masih belum stabil emosinya. Tetapi pujukan demi pujukan tidak berjaya buat Emriel mengalah.
"Juriffa..."
Tangan sejuk Juriffa dialihkan dan diletakkan bawah genggaman. Kemudian kepala digelengkan sedikit, tanda enggan mengikuti kata Juriffa.
"M-Macam m-mana kalau A-Aafieq..."
Ayat Juriffa memang ditinggalkan tergantung. Memang tak sanggup nak teruskan ayat, takut apa yang diperkatakan menjadi doa.
"Juriffa Natrah... Tolonglah jangan gelabah, kalau awak gelabah, saya pun tak boleh nak concentrate fikir apa cara untuk tolong awak. Cuba tarik nafas dalam-dalam, dan hembus."
Belakang gadis itu diusap perlahan, memberi semangat dan apa yang terdaya. Juriffa hanya mengikuti apa yang disuruh Emriel tanpa melawan.
"Okey?"
Anggukan Juriffa dianggap sebagai jawapan. Nafas lega dihelakan apabila melihat gadis kesayangannya lebih tenang daripada sebelumnya.
"Okey sekarang... Cakap kat saya... Awak tikam Aafieq kat bahagian mana?"
"T-Tapi banyak darah yang keluar!"
Emriel mengeluh perlahan, tetapi sesungguhnya dia tahu dia tak boleh nak marahkan Juriffa. Emosi Juriffa belum stabil.
"Yalah sayang... Tapi bahagian mana? Cubalah jawab pertanyaan saya dulu."
"T-Tadi Aafieq menjerit... Kuat. M-Maksudnya dia sakit sangat!"
"Hey... Calm down..."
Kedua-dua belah pipi Juriffa dipegang lembut dan ibu jari Emriel cepat menyeka wajah yang sudah sembap dengan air mata itu.
"J-Ju nak balik..."
"Okey, okey. Kita balik."
Jawapan Emriel terus mengubah muka Juriffa yang sudah terbuka besar matanya. Nampak sangat Juriffa betul-betul nak balik Malaysia.
"Okey! Kemas barang awak cepat! Kita balik!"
"Dua hari lagi."
Tutur Emriel tenang yang mengubah kembali air muka Juriffa.
"Apa? Apa yang dua hari lagi?"
"Kita balik dua hari lagi."
"Riel! Awak ni kenapa?! Tak faham bahasa ke?! Ju dah tikam seseorang awak tahu tak? Kalau Ju tak balik sekarang, nanti polis cari Ju dan tahan Ju kat sini!
Ju tak sanggup, Riel! Macam mana dengan masa depan Ju nanti?! Maruah keluarga Ju?! Awak tak fikir semua tu sebab semua ni berlaku kat Ju! Bukannya kat awak!"
Emriel mendengus perlahan mendengar tengkingan bertubi-tubi Juriffa yang sudah naik gila. Bahu gadis itu cuba dicapai tetapi tangannya ditepis kasar oleh Juriffa.
"Janganlah sentuh Ju!"
"Juriffa... Masa depan awak, masa depan saya jugak. Saya takkan biarkan sesiapa termasuk polis ke apa ke nak buat awak macamtu."
Emriel cuba menenangkan Juriffa yang seperti mencari identitinya kembali. Juriffa dah tak center dengan perasaannya.
"No promises please, Muhammad Emriel??? Jangan nak sedapkan hati Ju dengan janji-janji manis awak tu! Not this time... Awak tu cuma orang biasa, bukan presiden, menteri, peguam apa bagai tu. Cukuplah, Riel."
"Saya tahu saya bibik aje. Tapi tak boleh ke bibik tolong awak?"
Pantas Juriffa menggeleng.
"Apa je yang seorang bibik mampu buat?"
"Let's say kalau saya yang tikam Aafieq pakai tangan saya sendiri atas sebab saya cemburukan hubungan awak dengan dia?"
Ucapan Emriel membuatkan Juriffa terdiam lama, cuba mencerna apa yang dikatakan Emriel yang boleh tersenyum segaris di hadapannya.
Beberapa saat kemudian, mata bundar Juriffa terbuka luas seketika.
No way!
"Saya cintakan awak, Juriffa. Saya betul-betul bersedia untuk-"
"Diam!"
Jerkahan Juriffa mematikan ayat Emriel seketika.
"Juriffa..."
"Diam..."
"Ju, I just want to help you."
Juriffa mengelap air mata yang basah di pipi dengan sekali seka. Gila, dia takkan biarkan Emriel buat macamtu.
"Masa depan awak, masa depan Ju jugak. Tolong jangan buat macamtu..."
"Hmm... Ju... Saya-"
"Jangan cakap apa-apa Riel. Ju tak nak dengar dan terima idea bodoh tu."
"Idea lain! Saya ada idea lain."
Wajah Emriel yang cuba meyakinkan Juriffa sedikit sebanyak membuat Juriffa tenang.
"Idea yang tak membahayakan awak dengan saya?"
Pantas Emriel mengangguk.
"Kita call lobi, panggil Bieber dan suruh dia check Aafieq atau bagi pertolongan kat Aafieq. Lepastu, baru kita fikir apa kita nak buat. Okey? Sekarang kita kena pastikan dulu keadaan Aafieq macam mana."
"K-Kalau dia..."
"Jawab dulu, Ju tikam dia kat mana?"
"Bahu."
"Boleh diselamatkan kalau kita cepat."
"Tapi tadi darah dia-"
"Doa, Juriffa. Biar saya setelkan soal Bieber."
Emriel hanya meninggalkan Juriffa dengan segaris senyuman sebelum bergerak ke telefon yang sedia ada di bilik hotel.
Tolonglah, permudahkan.
**********
I'm back, guys!!! (ok ada ka yang tunggu wina huhuhu) ok ok straight to main topic, kenapa makin lama my works makin hambar???!!! Nak tulis pun sekat²!My bad.
Vote tau❤️
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm