BAB 14

1.4K 136 38
                                    

"PUAS??? Puas ke buat saya cemburu???"

"Seronok jumpa kekasih lama? Lepaskan rindu?"

"Cemburu saya ni memang tak ada siapa kisah ke? Awak, Jasreen, sama aje! Dua-dua nak menunjuk depan saya!"

Juriffa sudah berang. Tetapi stereng kereta masih dikawal dengan kemas. Hatinya cukup sakit melihat kemesraan Emriel dan Jasreen.

Jasreen bebas menyentuh Emriel tetapi sedangkan dia? Emriel langsung tak beri peluang!

"Kau kan ada Aafieq. Nak cemburu apa lagi?"

Emriel yang tadinya diam mula bersuara.

"Awak ni tak faham bahasa ke? Saya kan pernah cakap yang saya tak suka Aafieq, saya cuma bertunang dengan dia sebab terpaksa. Terpaksa!"

"Kau ada Zafril, pemilik kafe tu. Dia pun macam sayangkan kau. Dia tu hensem, kaya, ada kafe, full package apa?"

"Masalahnya hati saya ni nakkan awak je! Lagipun Zafril tu cuma anak ibu susuan saya. Saya menumpang susu daripada mama dia.

Kalau tak ada pertalian darah macam tu, lebih baik saya pilih dia! Dia tu dahlah baik, hensem, hormatkan kaum perempuan..."

"Oh..."

Patutlah haritu berpeluk sakan lagi.

"Mama sakit masa Ju dilahirkan. Dia tak boleh bagi susu. Untunglah mama Zafril tu baik hati, boleh tolong jaga Ju masa Ju kecil. Mungkin sebab tu kot mama tak sayang Ju macam mama sayang Jebat..."

Kali ini wajah Juriffa mendung. Daripada bengis bertukar mendung pula. Mood swing apa kejadahlah perempuan ni.

Tapi Emriel rasa semakin okey kerana Juriffa sudah membahasakan dirinya seperti selalu iaitu 'Ju'.

"Responlah sikit! Awak ni... Macam Ju cakap sorang-sorang aje..."

"Oh..."

Juriffa mencebik. Emriel yang dingin satu badan sudah kembali. Emriel yang ceria dan tersenyum sudah hilang. Memang annoyying!

"Singgah lagi?"

Setelah hampir 15 minit Emriel mendiamkan diri, kali ini dia bersuara apabila kereta Volkswagen Beetle merah Juriffa berhenti di sebuah kedai yang cukup dikenali.

Z's Café.

"Biar Ju seorang aje turun. Nak beli sesuatu yang boleh menyejukkan hati. Petang ni panas sangat."

Ucap Juriffa seraya membuka pintu. Enjin tidak dimatikan, bimbang Emriel tak cukup oksigen...

"Or... Awak nak ikut? Boleh kita date bawah pokok plastik lagi?"

Juriffa senyum terkulat-kulat sambil menunggu jawapan pemuda itu tetapi hampa. Emriel memberi isyarat tangan supaya dia cepat-cepat keluar.

Emriel pula sibuk menukar siaran di radio digital keretanya tanpa mengendahkan dia.

Juriffa mengeluh dan menutup pintu kereta kuat. Menyampah!

"Buah hati I datang lagilah..."

Zafril yang kebetulan berada di meja pelanggan segera menyapa Juriffa yang baru masuk ke dalam kafenya berseorangan.

"I need something cool. Sesuatu yang boleh menyejukkan Ju dari dalam. Please?"

"Come on... Duduklah dulu kut ya pun?"

Zafril menarik kerusi untuk Juriffa dan gadis itu duduk dengan wajah cukup muram.

"Tapi sekejap ajelah. Emriel ada dalam kereta."

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now