Let's Marvin Gaye and get it on...
BUAT kali pertama dalam hidup, Emriel berdiri di pintu bilik Juriffa yang sudah terbuka luas.
Walaupun kerjanya mengemas rumah, bilik tidur Juriffa adalah bilik larangan atas kemahuan gadis itu sendiri sejak dari maknya kerja lagi kata Zamri.
Tetapi... Kali ini tak sangka pula gadis itu sendiri yang membuka pintu untuknya dan mengajaknya masuk.
Entah kenapa kaki Emriel rasa seperti tidak mahu masuk ke situ.
Dengan bekas telur ayam yang separuh sudah terlekat di dinding bilik dan separuh lagi bersepah di lantai bersama selotep dan gunting...
Dengan katil yang tidak kemas...
Dengan barang-barang di meja solek yang kelihatan tidak tersusun...
Dengan karpet yang terherot sana terherot sini...
Baju... Merata-rata!
"Bilik aku bersih lagi kot. Serius."
Spontan komen itu yang keluar daripada Emriel membuatkan Juriffa yang mencari ruang di dalam bilik berpaling dengan bercekak pinggang ke arahnya.
"Sebab inilah saya sedang mencari seorang suami pembersih yang macam abang bibik saya ni. Itu pun tak faham ke?"
Juriffa memberi ayat tersirat sambil memandang ke arah Emriel yang sibuk menilai biliknya. Paling menggeramkan, boleh pula Emriel buat reaksi geli geleman dengan biliknya.
"Huh. Pergilah kahwin dengan Aafieq tu. Tak nak aku. Bilik anak dara apa ni macam tongkang pecah... Eww..."
"Jangan nak banyak cakap sangat ya, Emriel. Awak lelaki pertama yang masuk dalam bilik Ju tau. Sepatutnya awak rasa bertuah dan bangga!"
Emriel memandang menyampah Juriffa yang boleh menayangkan wajah terujanya itu. Ingat kehingin sangat ke nak masuk sini?
Kalau Juriffa bukan majikannya sekarang, memang tak ada satu sebab pun dia nak masuk ke bilik yang tak macam bilik tu. Dengan bau sisa ayam lagi. Konfiuslah jugak ni bilik ke reban.
"Tugas pertama. Tolong saya lekatkan semua bekas telur ayam ni kat dinding bilik ni."
Tanpa membuang masa, Juriffa segera memberikan tugas kepada Emriel. Tetapi kelihatan seperti abang bibiknya tidak mengendahkan dirinya.
"Tadi kata duit banyak. Renovate ajelah bilik jadi bilik kalis bunyi..."
Ada perlian dalam jawapan Emriel. Sengaja... Memang sengaja...
"Haih... Duit tu boleh guna untuk orang yang lebih memerlukan, kan... Cubalah jadi mesra alam sikit, mesra manusia sikit... Jangan asyik nak condemn aje..."
Kali ini Juriffa membalas perlian dengan perlian pula. Tetapi seperti yang diagaknya, memang Emriel tak ada perasaan kot.
Akhirnya, Emriel mengalah dengan riak biasa. Dia bersila di lantai yang sudah kosong diketepikan oleh Juriffa tadi dan tangannya spontan memotong selotep dan melakukan kerjanya.
Memang dia sangat sedar posisinya sekarang sebagai bibik Juriffa seorang, bukan bibik keluarga Juriffa lagi. Jadi, mahu atau tidak mahu, memang dia kena berhadapan dengan Juriffa ajelah.
"Kenapa kau susah-susah nak buat semua ni sampai menyusahkan aku sekali?"
"Sebab... Sebab Ju rindu sangat nak main ni..."
Jawapan yang keluar daripada Juriffa membuatkan tangan Emriel yang baru ligat memulakan kerja itu terhenti.
Juriffa mengangkat setimbun baju yang tidak berlipat itu dari sebuah meja di sudut bilik besar itu. Memang anak dara Tuan Zamri yang seorang ini tak tahu segan tapi...
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm