"RIEL baru sampai pagi tadi kan... Pergilah rehat kat bilik tu. Tuan dengan puan pun fahamlah Riel penat. Biar Kak Siti je setelkan sarapan sampai dinner untuk harini..."
Ujar Kak Siti yang melihat Emriel melangkah masuk ke bahagian dapur dan terus mencari kerja yang boleh dilakukan. Emriel hanya tersenyum dan memerhati dahulu menu yang ingin dimasak oleh Kak Siti sebelum menghulurkan pertolongan.
"Takpelah kak... Dah seminggu kot kak buat semua kerja rumah sorang-sorang... Kemas rumah, sidai kain, masak... Jaga Emil lagi..."
"Alaaa, tak teruk pun. Rumah ni bukannya ada budak-budak nak bagi bersepah pun. Kalau Emil memang apa dia main, dia kemas balik. Kak setelkan dapur je."
"Kak, meh sini saya buat sambal nasi lemak. Kak potonglah timun ke telur ke."
Emriel mula bergerak ke bahagian dapur memasak dan mula mengeluarkan segala bahan apabila mengenal pasti bahawa menu sarapan mereka pagi ini ialah nasi lemak pandan setelah melihat Kak Siti menanak nasi dengan air daun pandan dan santan.
"Riel reti ke buat sambal? Kalau sambal tak okay, nanti spoil satu nasi lemak ni."
Kak Siti menyoal, agak bimbang jika Emriel tidak dapat membuat sambal seperti yang diingininya. Lagipun dengan umur Emriel yang masih muda dan statusnya yang lelaki membuatkan Siti ragu-ragu.
"Ooo Kak Siti pandang rendah kat saya yeee... Kat US tu nak cari nasi lemak celah lorong mana kak kalau saya teringin... Kena masak sendiri jugak..."
"Hahahaha... Mana ada pandang rendah Kak Siti cuma nak make sure je... Okey... Kak Siti percaya jelah."
Emriel hanya tersenyum sebelum memulakan kerjanya. Kalau diikutkan hati, memang nak tidur dan bermalas-malasan di bilik.
Tapi itulah kalau jadi anak tuan rumah bolehlah macam tu. Nanti kena cop dah majikan layan baik, nak lebih-lebih pulak.
"Riel...? Laaa... Dah masuk dapur ke? Rehatlah dulu... Papa tak kisah punlah..."
Tengah kusyuk-kusyuk memasak, tiba-tiba sahaja Tuan Zamri muncul di dapur. Nasiblah yang lain sudah hampir siap dan telah dihidang dan hanya menunggu sambal mendidik sekejap sahaja lagi. Kak Siti pula sedang membancuh teh O untuk sarapan nanti.
"Eh Tuan... Okey je Tuan. Tak penat pun. Dah puas tidur dalam flight semalam. Hehe..."
Emriel menipu. Tipu sebab sebenarnya dia mengantuk gila cipan dah ni. Belum tidur dari sampai tadi sebab uruskan Emil pergi sekolah.
Lepastu nak kemas luar rumah sikit, sekarang masak sarapan pulak. Tahap nak letak tongkat lidi dekat mata dah. Jetlag lain macam.
"Emriel, sini kejap..."
Zamri menarik dua buah kerusi di meja makan dan mengajak Emriel duduk bersamanya.
"Kak tengok sambal kejap, Tuan panggil saya."
Emriel segera mengelap tangannya dengan kain dapur dan segera ke meja makan.
"Ye, Tuan?"
"Duduklah dulu Emriel... Berdiri macam tak nak bersembang dengan papa je..."
Akhirnya Emriel mengalah dan duduk di kerusi yang ditarik oleh Zamri tadi. Bukannya dia tak mahu duduk. Tapi kurang selesa jika Puan Hayati atau Jebat terlihat, nanti mulalah Emriel mendapat pandangan kurang senang daripada dua beranak itu.
"Macam mana kat sana? Okey? Semuanya okey ke?"
"Kalau Tuan tanya pasal saya, saya okey je. Tapi kalau Juriffa... Tuan kena tanya Juriffa sendiri. Mungkin ada benda yang dia tak okey..."
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm