BAB 40

1.2K 95 38
                                    

PANTAS saja ibu jari Jebat 'menscroll' homepage Instagram di telefon pintarnya.

Tak menarik. Bukan crush post. Tak cantik. Tak ada motif. Over. Poyo. Juriffa.

Eh? Juriffa?

Jari 'discroll' ke arah bertentangan. Betullah post oleh Juriffa Natrah, adik kesayangan dunia akhirat. Jarang minah terencat ni update akaun Instagramnya.

"For now, you're the only boy I love, but for another year I can't love you this much anymore. I'll love another boy. He'll call you papa. Eww?"

Caption yang dipost Juriffa dibaca perlahan penuh rasa geli geleman.

Paling buat Jebat menyampah, gambar pemandangan dan bahagian belakang tubuh maskulin Emriel dengan caption yang acah sweet tu tak pernah ada pun sebelum Emriel datang.

Juriffa dengan Aafieq bertunang tapi hubungan selalu macam stranger. Hambar sangat!

Matanya meliar ke sekeliling. Rasa meluat nak scroll Instagram dah. Tapi entah kenapa rasa menyirap pula melihat Emilia yang bersenang-lenang di sebelahnya sambil mengusap dan menyikat bulu kucing yang dibeli Juriffa.

Leka sangat Jebat dengan telefon pintar sampai tak sedar dengan kehadiran Emilia!

"Wey, sini kau."

Kasar Jebat memanggil. Alang-alang abang dia tak ada untuk dihina, adiknya pun jadilah kan?

"Abang panggil Emil ke abang?"

Emilia menyoal polos dengan jari telunjuk yang ditunjuk ke diri sendiri. Tak pernah pulak Jebat ajak dia sembang sebelum ni.

"Yelah, kaulah, budak cacat yang tak habis-habis main anjing tu."

"Ni kucinglah. Itu pun abang tak tahu ke..."

Jawab Emilia sambil tangannya ligat menyikat bulu Puth yang sedia lurus dan lembut. Tapi tak sampai dua saat, sikat kecil terlepas daripada tangan apabila leher bajunya dicekak oleh Jebat yang mula naik angin.

"Jebat Naufal!"

Macam biasa, bila dengar nama penuh dipanggil, terbantut terus perbuatan Jebat. Tambah-tambah bila si penyebutnya Zamri.

"Kamu jangan berani nak sentuh anak papa ya!"

Entah macam mana Zamri boleh balik daripada jogging dan masuk melalui pintu utama dan melihat kekasaran Jebat. Memang bala!

"Oh... Anak papa? Tumpang tanya boleh? Ni anak papa dengan betina lain ke atau papa sendiri yang beranakkan budak sial ni? Sebab setahu Jebatlah, ibu memang lahirkan Jebat, Juweeta dengan Juriffa je?"

Zamri menghela nafas berat sebelum mengambil tempat di sofa berdekatan.

"Jebat... Jaga mulut tu sebelum papa buat mulut tu cium lantai."

Jebat menjeling menyampah sebelum tutup mulut. Papa nampak aje macam lembut tapi kalau dia sembur sekali best jugak. Kaki tangan yang nampak tenang tu pun boleh naik.

"Anak papa ni yang mula dulu, bukan Jebat."

Sempat lagi Jebat memerli dalam mengadu.

"Kamu pun tahu Emil budak kecik, kenalah faham apa yang dia fikir tu berbeza dengan orang tua macam kamu tu, dah tu yang tiba-tiba kamu nak berang tu kenapa? Tak boleh fikir ke?"

"Jebat cuma nak ajak dia sembang pasal abang dia dengan Juriffa tapi dia pulak yang nak mengajar Jebat macam-macam. Siapa je tak bengang?"

"Kenapanya Juriffa dengan Emriel? Ada masalah ke?"

"Cubalah papa selidik sama hubungan Juriffa dengan Emriel tu! Papa tahu tak anak dara kesayangan papa tu pergi New York pulak dah dengan si Emriel?

Juriffa tu perempuan papa tahu tak dan Emriel tu lelaki dan kita still tak cukup kenal dengan budak lelaki miskin tu! Macam-macam dia boleh buat kat Juriffa bila Juriffa jauh dari mata kita macam sekarang ni!"

Zamri mencebik meluat. Tu bukan masalah pun, tapi Jebat yang nak perbesarkan hal. Entah kenapalah semua yang Emriel buat tu salah di mata Jebat.

"Biarlah dia jalan-jalan New York dengan Emriel tu. Kalau nak tunggu abang kandung dia bawakan dia pergi sana, alamatnya kiamat dululah.

Lagipun, Emriel ada cerita kat papa yang dia pernah tinggal kat sana, biarlah. Papa percayakan Emriel."

Reaksi Zamri sepastinya bertentangan dengan Jebat dan Jebat mampu apa je selain mengeluh dengan muka menyampahnya. Macam Emriel pulak yang anak kat rumah ni.

"Jebat hantar dia pergi sana untuk hal kerja, bukannya berdating."

"Biarlah dia nak enjoy sikit, at least dia berteman. Kamu tu bila lagi? Silap-silap nanti Juriffa yang kahwin dulu."

Zamri tersenyum sinis. Sibuk hal orang, diri sendiri pun tak terurus. Huh.

"Sebab Jebat nak kahwin jugaklah yang Jebat nak Aafieq cepat-cepat kahwin dengan Juriffa!

Macam mana Jebat nak kahwin kalau Izzah asyik nak try Aafieq aje? Kalau Aafieq kahwin dengan Juriffa, barulah Izzah boleh jadi milik Jebat sepenuhnya!"

"Siapa... Izzah?"

Zamri menyoal hairan. Siapa pulak dah Izzah ni? Tapi tak hairan sangat pun sebab kisah apa dia dengan Jebat tu, dah besar kan, pandai-pandailah hidup.

"Tak pentinglah Izzah siapa tapi seorang perempuan cantik yang dah curi hati Jebat ni dan paling penting... Izzah bukan bibik."

Ringkas sahaja pengenalan Jebat tentang Izzah tetapi Zamri hanya mengangguk dua kali. Tahu. Jebat yang cerewet memang akan utamakan taraf dan rupa dalam apa jua keadaan dan tempat.

"Papa tak setuju kalau Jebat kahwin dengan budak Izzah tu."

"Kenapa pulak macam tu? Papa bukannya kenal pun siapa Izzah! Papa tak boleh buat Jebat macamni! Papa ni kenapa pulak nak cari pasal dengan Jebat?"

"Macam tulah perasaan Juriffa bila kamu nak halang dia dengan Emriel."

"Apa kena mengenanya? Juriffa tu adik Jebat! Jebat ada hak ke atas dia!"

"Kamu anak papa, papa pun ada hak ke atas kamu. Kalau papa suruh kamu tinggalkan budak Izzah tu, kamu nak buat ke?"

Soalan sinis Zamri membuatkan Jebat terdiam seketika.

"Papa... Tak pernah faham Jebat."

Jebat terus bangun dari sofa dan membawa langkah ke luar rumah selepas mengambil kunci keretanya.

Zamri menggeleng cuma.

"Emil jangan ambil hati dengan apa yang abang Jebat cakap ya?"

"Ambil hati tu macam mana ya?"

Zamri tersenyum segaris. Typical budak-budak, suka bertanya on the spot.

"Ambil hati tu macam tersinggung, sayang. Emil dah makan ke belum? Kalau belum, jom sarapan dengan papa."

**********
Haaa, cepat en update?!😂🔫 tapi chapter ni takda dalam plot pun tapi sebab bosan ah asyik cerita Emriel dengan Juriffa jea!!!😒

MissAizawa awak marah tak Jebat suka awak?😂

Vote & komen tau!❤

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now