BAB 46

956 58 27
                                    

CEDAR Creek House, itu tempat yang dipilih Jasreen sebagai tempat melepak sekaligus travel bersama abang angkat kesayangannya, Aafieq.

Plan asalnya nak ajak Juriffa dan Emriel jalan-jalan sekali, tapi bilik hotel mereka berdua sudah dikosongkan tanpa sebarang berita.

Tak cukup dengan itu, pergi ke bilik Aafieq, lagi nak sakit jantung Jasreen melihat bahu Aafieq yang berbalut. Yang ni lagi seorang, tercedera tak nak beritahu orang jugak.

Nasiblah Aafieq ada menyuruh pekerja hotel memanggil doktor untuk menjahit luka dan merawatnya.

Jasreen berjalan seiring dengan Aafieq yang segak mengenakan t-shirt Polo maroon ke tubuhnya. Masing-masing murung, hanya bunyi unggas hutan sahaja mengisi suasana.

"Abang okey?"

Aafieq mengangguk, berjalan perlahan di atas titi gantung yang diperbuat daripada kayu yang dicat dengan warna-warni.

Titi gantung yang disambungkan dengan sebuah treehouse yang tersergam indah di hujung sana menjadi tujuan mereka berdua.

"Juriffa ni keterlaluan betul. I can't brain this. Lepas ni jom kita pergi buat report polis?"

Ajakan rambang Jasreen buat Aafieq tertawa sinis sambil meneruskan langkah.

"Kawan jenis apalah Jasz ni...? Jasz nak susahkan Juriffa ke? Jasz nak tengok kawan baik sendiri masuk lokap? Oh, atau Jasz nak ambil peluang untuk rapat dengan Riel kalau Ju dalam lokap?"

Tebak Aafieq, tetapi Jasreen hanya mengeluh, melempar pandangan jauh ke tempat lain.

"Jasz... Abang faham. Both of us have our own target, you want Emriel, I want Juriffa, tapi abang tak nak Juriffa susah."

"Abang... Ni dah melibatkan nyawa abang. Jasz cuma risaukan keselamatan abang, keselamatan Emriel. That's all.

Jasz memang sayang Juriffa, tapi tindakan dia tu salah. Kalau dia marah sekalipun, tak perlu kot sampai nak cederakan abang."

Aafieq melepaskan keluhan lemah sebelum mencari bangku yang dapat dijadikan tempat berehat mereka berdua. Punggung dilabuhkan, diikuti Jasreen yang mengambil tempat di sebelahnya.

Rasa letih sangat, tak dapat tidur sebab risaukan Juriffa. Nak call pun, nombornya sudah diblock oleh Juriffa.

"Juriffa tak bersalahlah... Jasz tak tahu cerita, janganlah nak buruk-burukkan Juriffa. I'm the one who an evil here.

Yes, kami gaduh sampai dia minta break. It should be end there but I'm the one who was a loser, abang tak boleh terima keputusan tu. Abang tampar dia, abang cuba buat benda tak elok pada dia.

See... Abang yang loser, abang yang bodoh, bertindak sebelum fikir. Kalau Jasz kat tempat dia pun, mesti Jasz cuba nak pertahankan diri, right?"

Cerita diringkaskan sebaik mungkin oleh Aafieq. Maruah Juriffa cuba dibela, menyedari kesalahannya tempoh hari.

"Of course, tapi taklah sampai tahap cubaan membunuh."

"She's panic, Jasz. Semua tu berlaku secara spontan. Dah lah. Jangan provoke abang untuk buat laporan polis ke, lupakan Juriffa ke because it's always a big no. Okay?"

Jasreen mengeluh menyampah. Macam dia pula yang jahat padahal dia cuma risaukan keselamatan Aafieq. Kalaulah jadi apa-apa pada Aafieq, Jasreen sendiri tak nak bayangkan!

"Teruk sangat ke abang dengan Ju bergaduh sampai macam ni sekali? Jasz tahu sebelum ni pun hubungan korang tak okey, tapi Ju tak pernah sampai minta putus. Sebab dia respect abang."

"Siapa yang tak marah kalau dia asyik ungkit pasal arwah Juweeta. Juriffa asyik cakap yang abang tak boleh move on daripada arwah Juweeta.

Dia asyik bagi alasan yang sama setiap kali bergaduh! Dia tak faham ke yang abang pun tengah cuba untuk lupakan Juweeta???"

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now