⚠️TW: long story part, heavy plot, confessions, almost 4k words, so baca bila rileks ok
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
EMRIEL mengetap bibir, gentar untuk melihat reaksi Juriffa yang duduk di seat penumpang setelah gadis itu mendengar semua maklumat yang dia peroleh daripada Joe tadi.
Juriffa terdiam sejenak, menarik nafas dalam-dalam sambil menghadam apa yang diceritakan Emriel.
Secara ringkasnya, pembunuh Mak Ema memang terang lagi bersuluh ialah mamanya, Hayati.
Sebaik sahaja lock kereta dibuka, terus gadis itu keluar dengan tongkat ketiaknya dan menerobos masuk ke rumah seperti yang Emriel boleh agak.
Peperangan besar akan berlaku!
"Ju! Slow-slowlah! Kaki awak tu tak sembuh lagi!"
Berlari Emriel mengejar Juriffa yang terkial-kial namun masih kalut menaiki tangga untuk naik ke atas.
Risau gadis itu jatuh dan cedera lebih teruk.
"Ju nak setelkan semuanya harini! Ju dah tak boleh tunggu!"
Sesampainya di tingkat atas, Juriffa terus menyerang bilik bacaan.
Seperti yang diteka, memang Zamri akan berada di situ pada waktu senja selepas Maghrib.
"Pa... We need to talk..."
Zamri agak terpempan dengan kemunculan anak gadisnya yang tiba-tiba itu dengan Emriel yang berdiri di sebelah Juriffa.
Buku bacaannya diletakkan di meja beserta kaca mata bacaan yang ditanggalkan.
"Tentang apa tu, sayang?"
Zamri mengajak Juriffa dan Emriel untuk duduk di sofa bilik bacaan namun sepertinya mereka berdua enggan dan itu sudah cukup untuk menunjukkan apa yang ingin dibincangkan Juriffa itu agak serius.
"Pasal mama... Dengan arwah Mak Ema."
Dang! Hati Zamri tersentak sedikit.
Topik yang diutarakan Juriffa memang akan menjadi suatu topik yang tegang dan panjang.
"Apa yang Ju nak tahu...?"
"Ju tahu mama bunuh Mak Ema."
Pernyataan tanpa ragu daripada Juriffa automatik buat Zamri berubah riak, sedikit tergamam.
Tetapi tiada ayat yang terkeluar daripada mulutnya.
"Kenapa papa diam? Kenapa papa tak terkejut??? Jadi, papa memang dah tahu selama ni???"
Juriffa berterusan menyerang setelah mengesan Zamri tidak berkelip memandangnya, seperti tahu sesuatu tetapi tidak boleh dibicarakan.
"Pa... Jawab soalan Ju..."
Dengan terhincut sedikit Juriffa mendekati Zamri dan lelaki itu turut berdiri sama tinggi.
Saraf tubuhnya sudah tidak dapat tenang seperti ketika duduk membaca tadi.
"Ju jawab papa dulu, kenapa Ju tiba-tiba cakap macamtu?"
"Ni... Ubat yang Puan Hayati bagi mak saya melalui Emil, bukan ubat yang mak patut makan. Ni semua racun yang dah bunuh mak saya. Ni, bukti keputusan makmal semua dah ada."
Sepaket ubatan dalam ziploc dan sekeping kertas bertaip digital ditunjukkan Emriel membuatkan Zamri kembali terpaku.
Mulalah otak Zamri ligat cuba menghubungkan setiap kejadian yang berlaku dalam vilanya itu.
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm