BAB 73

184 22 125
                                    

"JU, jom lepak, saya ada nak tunjuk something ni."

Emriel terus mengajak selepas terlihat banyak Juriffa muncul di ruang tamu. Memang baru dia nak pergi cari Juriffa pun sebenarnya memandangkan hari ini Juriffa tak ada kelas.

Kalau hari ada kelas, memang balik sahaja gadis itu sudah longlai keletihan. Jadi hari tiada kelas sahajalah peluang Emriel untuk meluangkan masa dengan gadis kesayangannya.

"Emm... Boleh tu boleh... Tapi... Jebat suruh jumpa dia jap kat bilik bacaan."

"Awak ke saya?"

"Kita."

Emriel meneguk liur. Allahu menyampahnya dia nak menghadap si Jebat ni. Kena kumpul kekuatan fizikal dan mental dulu ni.

"Nak suruh saya jauhkan diri daripada awaklah tu..."

Seperti kebiasaan, Emriel mula mengagak topik yang akan dikemukakan Jebat.

Hatinya yang dihina minggu lepas semasa menaiki kereta bersama Jebat pun masih sakit, ni nak tambah lagi.

"Takde-takde... Kalau dia kata macam tu sekalipun, ingat Ju nak berdiam diri ke? Kita kena fight sama-sama tau Riel. Kalau dia kata macamtu, awak pun kena menjawab tau?"

Pesan Juriffa sambil menaiki tangga untuk ke bilik bacaan dan diikuti Emriel dari belakang. Bilik bacaan itu memang bilik kedua Jebat selepas bilik tidurnya untuk menguruskan hal pejabat.

"Tapi dia abang awak."

"Tapi Ju pilih awak."

Wajah kurang keyakinan Emriel dipandang dan dia menyuruh lelaki itu tersenyum juga sepertinya. Tak ada apa nak dirisaukan pun dengan Jebat tu.

"Dah, jom-jom masuk. Tak payah takut. Jebat kalau marah sekalipun, dia tak makan orang, dia makan aiskrim."

Seraya itu, pintu pejabat dibuka dan kelihatan Jebat sedang duduk bersilang kaki di sofa tanpa memegang apa-apa sepertinya sedang menunggu kehadiran mereka berdua.

"Eh, hai Emriel... Ju..."

"Hai..."

Dengan penuh kehambaran dan senyuman palsu Emriel membalas hai Jebat. Pelik betul apahal tiba-tiba hai ni.

Juriffa turut memandang pelik abangnya, kena sampuk ke apa nak hai selalunya oi wey woi je dia reti.

"Ye, call me oppa macam biasa."

Astagaaa punyalah Emriel tak nak sebut apa-apa tapi dia ingat lagi panggilan oppa dia tu...

"Oppa? Hahahahahaha! What the??? Haha... Muka Melayu panggil oppa? Sekali aku oppppaaaangggg muka kau tu dengan tangan ni baru sedar diri..."

Ketawa Juriffa meledak terus apabila melihat wajah abangnya dan melabuhkan punggung di sofa berdekatan diikuti Emriel di sebelahnya.

"Diamlah kau pendengki... Sesuai apa dengan kulit cerah, mata sepet sikit, bibir nipis, rambut on point."

Juriffa tersenyum menyampah melihat Jebat yang membelek wajahnya sambil memuji dirinya sendiri.

"Tu bukan Korea tu, tu Jepun. Tapi betullah... Baru perasan muka kau ni ada iras-iras Jepun sikit... Mama kau ada kacukan Jepun ke? Sebab kau ada iras-iras selipar Jepun."

Emriel tersengih sedikit sebelum cuba mengawal ke mode macho kembali.

"Kalau aku selipar Jepun, kau tu hantu Jepun... Pipi merah-merah... Ingat elok ke?"

Macam biasa, tak mungkin Jebat membiarkan dirinya seorang dikutuk. Pasti Juriffa dijebakkan juga untuk mengelakkan rasa malu berseorangan diri.

"Elok kan Emriel?"

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now