BAB 15

1.6K 139 47
                                    

There's loving in your eyes
that pulls me closer,
It's so subtle...

"SINILAH, Emriel. Ikut Ju."

Juriffa menarik lembut lengan Emriel yang terhenti di depan restoran mewah itu. Ada pulak lelaki itu seperti teragak-agak sama ada mahu masuk atau tidak.

Sebagai bodyguard, of courselah kena masuk!

"Aku tunggu sini je dahlah... Aku datang untuk jaga kau. Bukannya nak makan pun."

Emriel menarik semula lengannya. Gila apa. Kalau dia masuk, confirmlah si Juriffa yang baik hati ni suruh dia makan.

Dah tu? Dia nak kena makan? Pastu? Tolak gaji?

"Ju dah tempah meja dan makanan untuk tiga orang. Awak jangan nak buat pasal eh... Kalau awak tak nak masuk... Saya tolak gaji awak."

"Kau ni apahal ha...? Aku tak nak makan, kau nak tolak gaji aku jugak? Sepatutnya bertambahlah gaji aku tu kalau kau jimatkan duit bahagian makan aku tu."

Tutur Emriel dengan sedikit perasaan sebal dengan perangai diktator dan kuat memaksa Juriffa.

Pelik. Perempuan ni memang pelik!

"Alahai... Comelnya dia ni... Ju dah tempah tu maksudnya makanan semuanya dah siap dah. Mana boleh cancel dah buah hati oi... Membazirlah kalau tak makan..."

Tanpa rasa bersalah Juriffa mencubit pipi Emriel dan segera dileraikan oleh tangan Emriel.

"Aku tak nak jadi penganggu korang berdua dating. Makanan yang bahagian aku tu nanti kau mintak bungkus dalam polistrene aje, balik nanti aku teman kau bagi kat gelendangan orang-orang miskin peminta sedekah tepi jalan tu."

"Hati awak lagi comel rupanya... Ya Allah... Tak terfikir pun Ju..."

"Dah. Pergi masuk sana. Tu tunang kau dah tunggu dah tu."

Emriel menolak bahu Juriffa kasar membuatkan gadis itu terdorong beberapa langkah memasuki restoran.

Juriffa menoleh sekilas dengan jelingan maut dan segera meneruskan langkahnya menuju ke meja yang telah ditempahnya. Nasib baik tak jatuh tersungkur!

Tapi memang betul kata Emriel. Aafieq dah sampai. Tapi... Kisah?

"Lambatnya awak ni, sayang... Dah sepuluh minit abang tercongok sorang-sorang kat sini..."

Aafieq menegur Juriffa yang datang dan terus mengambil tempat berhadapan dengannya.

Tak ada langsung gadis itu nak memberi salam ke, hello ke, hai ke...

"Ju cepat aje... Tu... Dia tu yang lambat..."

Kata Juriffa selamba sambil menjuihkan bibir ke arah Emriel yang masih berdiri di depan restoran mewah itu.

Dia sudah tidak tahu mahu cakap apa dah dengan lelaki keras kepala macam Muhammad Emriel tu.

Orang cakap A, dia nak B, orang bagi C, dia kisahkan D. Haih!

Spontan Aafieq menoleh ke belakang seperti yang diisyaratkan Juriffa. Kelihatan dari pintu kaca restoran Emriel yang sedang berdiri di luar restoran. Dia memang sudah agak...

Memang malam ini mereka makan bertiga kerana ada tiga piring dan tiga kerusi. Satu kerusi yang didukinya dan dua lagi berhadapan tempat duduknya.

Tetapi... Tak terfikir pulak... Emriel? Bawak bibik keluar sekali? Macam melampau aje? Dia dengan Juriffa dah bertunang kot, buat apa bawa orang luar? Bukannya first date.

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now