KELUHAN yang entah buat kali keberapa Emriel lepaskan. Bukan letih ke apa. Tapi sakit hati betul dengan Juriffa yang keluar masuk setiap kedai di dalam mall itu.
Sudahlah tadi janji konon nak pergi kerjalah, apalah, tapi sekarang dia nak habiskan duit pulak.
Pening Emriel!
Tapi apa yang dia nak satu pun tak beli lagi! Yang dia beli ialah aiskrim! Nak tak nak, Emriel menjilat sahaja aiskrim perisa dark chocolate itu.
"Nak rasa?"
Juriffa menawarkan aiskrim perisa green tea yang berada di tangannya kepada Emriel yang berjalan seiring dengannya.
"Eww... Tak nak bekas air liur kau..."
Emriel sengaja membuat gaya geli geleman dan tidak semena-mena aiskrim dia disambar oleh Juriffa. Hilang terus seketul aiskrim miliknya.
"Nah, Ju ganti balik."
Sekali lagi aiskrim berperisa green tea itu ditayangkan di hadapan Emriel. Emriel menggeleng sahaja.
"Kau makan jelah sendiri."
"Nak makan atau nak kena tonyoh? Pilih satu."
Kali ini memang Emriel beralah dan menggigit aiskrim Juriffa sehingga hilang terus tiga ketul aiskrim Juriffa. Dengan pandangan puas hati dan mulut yang penuh dia memandang Juriffa yang sudah ternganga memandangnya itu.
Ha amik kau, suruh makan lagi kan...?
"Ju ambil satu aje kan?!"
"Dahlah, nah ambil ni... Membebel je kerja..."
Emriel menyuakan aiskrimnya dan laju gadis itu mengambil dengan wajah cemberutnya. Kon yang cuma berisi sedikit lagi aiskrim diberikan kepada Emriel dan dengan redhonya Emriel menelan.
"Jom masuk kedai tu."
Juriffa menunjuk ke sebuah kedai kamera di dalam mall itu. Emriel hanya mengikuti langkah gadis itu dengan langkah penuh terpaksa.
Seorang jurujual sibuk melayan permintaan Juriffa yang banyak songeh dan Emriel hanya mengambil tempat di kerusi meja yang satu-satunya ada di situ.
Setelah hampir dua puluh minit Juriffa bersembang dengan jurujual itu, Juriffa sudah kembali kepada Emriel dengan memegang sebuah kamera DSLR warna perang.
Emriel melepaskan keluhan panjang... Lega... Akhirnya... Dah setel satu hal.
Juriffa mengambil tempat betul-betul berhadapan Emriel. Emriel hanya mampu memandang gadis itu yang sedang membelek-belek kamera di tangannya itu.
"Riel. Lawa tak?"
Soal Juriffa yang mengangkat kameranya dan Emriel hanya membalas dengan anggukan malas sekali.
"Ye, lawa."
"Terima kasih. Ju tahu Ju lawa. Hehe."
Terus Emriel menjeling ke atas dengan keluhan menyampah.
Klikk!
"Damnlah dia ni..."
Emriel terus bangun dan beredar daripada keluar itu dan dikejar oleh Juriffa yang sibuk mengambil beg kertas berisi kotak kamera yang ditinggalkan di kaunter. Tak minat betul dia dengan kamera-kamera ni.
"Kita pergi shopping baju, nak?"
"Baju kau kan dah banyak... Aku tengok kau tak pernah ulang pakai baju sama pun."
Keluh Emriel tetapi dia sudah merasakan dia tersalah ayat apabila gadis itu tersengih seperti kerang busuk.
"Oooo awak tengok Ju hehehehhehe... Dah lama ke usha Ju?"
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm