BAB 69

149 21 63
                                    

"MANA boss kau?"

Emriel segera menyoal setelah dihalang oleh sekatan orang-orang bodyguard Joe Piranha daripada dia memasuki rumah mewah yang agak besar itu. Punyalah banyak bodyguard kalah keturunan raja.

"Dah buat appointment dengan boss ke???"

Emriel melepaskan keluhan mendengar ucapan seorang lelaki yang bertubuh sasa tersebut.

"Apahal pulak aku kena buat appointment kalau nak jumpa dia? Joe tu doktor gigi ke nak kena buat appointment sebelum jumpa?"

"Dah memang macam tu prosedurnya kalau nak jumpak boss."

"Alah, dia tu bukan sibuk mana pun nak tetapkan masa bagai. Setakat nak edar-edar dadah tu apalah sangat. Dia kan banyak keldai macam korang."

Lelaki bertubuh sasa dan rakan-rakannya yang menghalang pintu dilihat atas bawah je oleh Emriel. Bagi jelah dia masuk ya Allah. Ke nak kena test ujian saringan apa semua dulu.

"Haih... Darah keturunan kita ni memang mulut berbisa eh? Dari jauh aku dengar aku dah boleh agak dah kau yang datang."

Tiba-tiba sahaja kedengaran suara Joe yang tak pernah tak sinis itu di sebalik tubuh bodyguard itu, kemudian barulah kelihatan Joe yang datang dengan...

Cangkul?

"Hye, my son fruit... Korang semua tak perlu risau, dia selamat, dia anak buah aku. Dia tak boleh apa-apakan aku sebab dia ni pisau pelit pun tak mampu nak beli. Apatah lagi pistol ke, racun ke..."

Amboi kemain lagi Joe menghinanya. Mentang-mentanglah dah berjaya dapat 50K haritu, bukan main happy lagi. Kalau tahu perangai Joe camni, baik singgah beli pisau ke racun tikus jap tadi. Ingat Emriel pokai sangat ke?

Setelah beberapa bodyguardnya mula berundur daripada Emriel, Joe mengajak Emriel memasuki pintu utama yang sudah melambangkan kekayaannya.

"Apahal kau bawak cangkul? Baru lepas tanam orang ke apa?"

"Kau janganlah tanya banyak-banyak. Kucing aku baru mati ni aku baru lepas tanam. Aku nangis kang."

Emriel melihat pelik lelaki separuh abad yang masih meneruskan jalan dan Emriel hanya mengikutnya. Gengster apa ni camni?

Ke betul bak kata Emilia, Joe ni memang baik je sebenarnya?

"Kata kaya, tapi suram je rumah. Dah dapat 50K dah tapi tak cukup duit nak bayar duit elektrik ke?"

Lagi mulut Emriel gatal untuk bertanya semasa menaiki tangga untuk ke tingkat seterusnya. Memang sangat besar rumah Joe, lebih besar daripada rumah Tuan Zamri.

Yelah, Joe Piranha jual dadah, Tuan Zamri urus syarikat pembekal barang hotel je. Mestilah Joe lagi kaya. Work smart don't work hard katekooo...

"Rumah gengster memanglah camni... Macamnilah rumah gengster, suram-suram gitu. Rumah pembunuh kau pernah tengok tak?"

Emriel diam tidak mengangguk, tidak menggeleng sambil mengikuti langkah Joe memasuki sebuah bilik yang berpintu sangat besar. Mungkin ini pejabatnya sebab nampak eksklusif betul.

"Kalau rumah pembunuh, macam rumah kau tinggal tu lah."

"Ha?"

"Kau tak perasan ke rumah kau tinggal tu rumah pembunuh?"

"Kau merepek apa ni, Joe?"

"Merepek? Kau tu yang tak tengok betul-betul."

Emriel cuba untuk berfikir tetapi otaknya kosong. Pembunuh apa ni? Memanglah selamani Emriel jenis tak kisah pun latar belakang keluarga tu, sejarah silam ke apa-apa.

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now