BAB 59

190 24 41
                                    

"RIEL... Kenapa ek takde Grab yang sudi nak ambil kita ni?"

Juriffa menyoal sambil masih cuba mencari pemandu Grab menggunakan aplikasi Grab di telefon pintarnya. Dah nak dekat 10 kali dia cuba, pelik. Tak ada langsung orang nak ambil mereka berdua di lapangan terbang.

"Kita naik bayar kot... Bukannya kita nak naik free pun. Kita ada duitlah. Kita bukannya orang jahat. Kita nak bagi job kat diorang, tak ada pulak sesiapa nak ambil peluang."

Juriffa sambung membebel dan Emriel hanya menikmati angin malam Malaysia yang sepoi-sepoi bahasa. Malas nak layan Juriffa yang tak reti nak rilek.

"Emriel... Awak cubalah cakap sesuatu. Bagi idea ke apa ke.. Awak tak nak balik ke rumahku syurgaku ke???"

"Juriffa... Pukul 3.30 pagi camni siapa je nak ambil kita... Rilek la... Japgi ada la tu teksi ke apa ke..."

"Tak Rielll... Selalunya ada je walaupun waktu-waktu macam ni..."

"Oooo... Maksudnya awak pernah la keluar waktu-waktu macam ni lepastu ambil Grab?"

Juriffa terdiam seketika. Aduh, kantoilah pernah liar masa zaman kolej, masa belum ada kenderaan dulu.

"The point is Kuala Lumpur ni maju. Takkanlah rakyat dia tidur pukul 10 malam kot?"

Haaa tukar topik. Malas Emriel nak berdebat. Dahlah penatnya belum hilang sepenuhnya. Bukan apa. Bila tidur lebih 12 jam ni, penat macam lain pulak datang. Jadi lesu, jadi tak kuasa, jadi barai, jadi maleh aku.

"Ke nak Ju kacau Jebat je? Papa tak boleh diganggu sebab papa tu kalau dia drive masa mengantuk memang ke syurga lah papa tu..."

"Tunggu je. Kejap lagi adalah tu. Tak payah la ganggu siapa-siapa. Nanti kena cekik kang baru tahu..."

Ujar Emriel dan Juriffa mencebik. Baru dia teringat perangai baran Jebat ni. Lupa sebab lama gila pergi luar negara rasa dah lupa dia pernah ada seorang abang yang jahat.

"Deymmm!!! Tak gooonaaa!!!"

"Kenapa? Orang cancel Grab awak ke?"

"Taklah. Ju lupa update apps Grab... Lepastu lupa turn on GPS. Ju tulis airport lain. Bodoh kan Ju?"

Boleh pulak Juriffa tergelak kecil menyedari kebodohannya dan Emriel rasa macam nak tampar je dahi Juriffa. Boleh pulak dah 30 minit mereka berdua tunggu depan lapangan terbang macam orang tak ada rumah.

"Haah."

Selepas beberapa minit, muncul sebuah kereta Audi R8 warna metallic berhenti betul-betul di hadapan tempat Juriffa dan Emriel menunggu.

Emriel perhatikan sahaja dari jauh pemilik kenderaan tersebut yang menurunkan tingkap pemandunya dan tidak lepas memandang ke arah mereka berdua. Namun Juriffa masih sibuk dengan telefon pintarnya.

"Awak dah dapat Grab ke?"

"Belum. Ju tengah update lagi ni."

Jawab Juriffa sambil menunjukkan skrin telefonnya yang menayangkan muat turun baru mencecah 57%. jadi, confirmlah kereta itu bukan Grab.

Tetapi Emriel masih berasa kurang senang apabila lelaki itu masih memandang mereka. Kenapa lelaki itu memandang mereka seperti kenal? Tetapi Emriel tak kenal pun.

Nak kata Joe Piranha atau orang-orangnya, Emriel yakin bukan. Tambahan lelaki itu tidak kelihatan seperti gangster, tetapi masih dalam lingkungan umur sebaya dia sahaja dan nampak seperti orang kaya..

Tangan Emriel diletakkan ke atas bahu Juriffa, menandakan gadis itu miliknya. Bimbang jika lelaki aneh itu ada niat jahat kepada gadis kesayangannya.

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now