BAB 78

157 21 70
                                    

TET-tet-tet-tet-tenenenet-tet-tet-tet-tet-tenenenet!

Nokia 3310 yang berada di poket dan menjerit minta dijawab segera dicapai dan nama panggilan tertera segera dilihat.

Biasanya jarang sangat telefonnya ini berbunyi kecuali jika ada sesuatu yang penting.

Paklong Johari.

Tak payah sopan sangat nama tu. Joe Piranha lah tu.

Selepas meminta diri daripada Juriffa, Emriel segera melangkah keluar rumah meninggalkan Juriffa dan Alan di ruang tamu untuk mengangkat panggilan Joe.

"Kau nak apa lagi?"

Terus Emriel menyerbu soalan dengan nada menyampahnya. Tak kuasa nak melayan Joe yang tak habis-habis menghasutnya itu.

"Waalaikumsalam, taklah... Cuma nak ucap tahniah lah sebab berani mati bertunang dengan perempuan sial tu."

Berderau terus darah Emriel dan automatik penumbuknya dikepal kuat.

Namun dia cuba untuk mengawal emosi marah yang tiba-tiba menerjah dirinya memandangkan banyak mata-mata di bawah khemah sedang memerhatikan dia.

"Terkejut ke macam mana aku tahu? Macam biasalah, mata-mata aku banyak. Kadang-kadang orang aku selisih bahu je dengan kau, tapi kau je yang tak perasan."

"Kalau kau telefon aku sebab nak ubah fikiran aku, terima kasih jelah sebab takkan. Aku tetap akan pilih Juriffa."

Sedaya upaya Emriel mengawal nada bicaranya supaya kedengaran tenang.

"Ehhh tak takkk... Tak ada kerja aku nak pujuk orang yang tengah angau macam kau. Tapi aku nak kau beringat jelah, jangan kata aku tak pesan.

Aku ada je video nak tunjuk kat kau, tapi itulah, lupa telefon mak kau tu mana boleh dapat video kan...

So aku simpan jelah dulu. Lagipun, tunang je kan. Kau berseronoklah bertunang dengan dia, aku izinkan. Tapi kahwin? Jangan harap."

Terlepas tawa kecil Emriel penuh sinis. Siapa Joe untuk menghalangnya? Dan apa je yang dia mampu buat?

"Memanglah telefon aku ni lekeh sikit. Tapi sekali aku hempuk kat kepala kau, hilang ingatan gak kau."

Ketawa hambar Joe yang kedengaran buat Emriel bertambah geram.

Memang lelaki ini suka buat orang marah ke macam mana...

"Okey tak apalah. Okeylah, pergilah makan. Kan banyak makanan kat bawah khemah tu. Takut pulak aku tengok muka kau macam singa nak makan orang je..."

Emriel agak tersentak dengan ayat Johari yang seolah berada tidak jauh daripadanya dan memerhatikannya.

Tapi dia tidak takut pun. Johari bukan boleh buat apa pun.

Talian segera dimatikan dengan niat baik tak nak habiskan kredit Joe. Jam di telefon dipandang sekilas.

Sudah hampir menginjak jam 9 tetapi Juriffa belum makan. Rasanya sejak siang pun gadis itu hanya makan sedikit-sedikit sahaja kerana sibuk menguruskan itu ini.

Memandangkan alang-alang ada nasi dan pelbagai jenis lauk di bawah khemah, Emriel segera bergerak ke situ dan mengambil pinggan.

Kalau nak makan dengan Juriffa, tunggu inai kering lagi, nanti mesti Juriffa dah penat dan hendak segera tidur.

Fuhhh, pinggan di tangan yang dipenuhi setimbun nasi dengan lauk kampung seperti gulai daging kicap, jantung pisang, ulaman dan sambal belacan buat Emriel rasa macam nak makan semua sendiri dan tak mahu berkongsi dengan Juriffa!

Abang Bibik✔Where stories live. Discover now